Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ancaman pengganasan terhadap S'pura kekal tinggi: ISD

Individu jadi radikal sendiri melalui pengaruh dalam talian terus jadi keprihatinan utama
Jul 14, 2022 | 05:30 AM



ANCAMAN pengganasan terhadap Singapura kekal tinggi sedang negara ini terus menjadi sasaran propaganda pengganas, meskipun buat masa ini tiada maklumat khusus mengenai serangan yang akan berlaku, kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD).



ISD dalam laporan penilaian ancaman pengganasan Singapura 2022 yang dikeluarkan semalam berkata, di luar negara, kumpulan pengganas seperti ISIS terus menimbulkan ancaman berterusan dengan keupayaan mereka untuk mempengaruhi individu menjadi radikal dan menggalak pengikut mereka melakukan serangan.



Dari segi domestik pula, ancaman individu menjadi radikal sendiri melalui pengaruh dalam talian terus menjadi keprihatinan utama.



Di samping itu, ISD berkata pelonggaran sekatan pandemik dan penyambungan semula perjalanan rentas sempadan boleh menyebabkan peningkatan dalam pergerakan dan kegiatan pengganasan, dengan pengganas asing mungkin pergi ke zon konflik baru sementara individu yang radikal boleh melaksanakan rancangan serangan yang difikirkan semasa pandemik.



"Meskipun buat masa ini tidak ada perisikan khusus atau boleh dipercayai mengenai serangan pengganas yang akan berlaku terhadap Singapura, kita perlu sentiasa berwaspada terhadap ancaman yang boleh berlaku.



"Sifat transnasional pengganasan bererti perkembangan yang jauh, seperti yang berlaku di Timur Tengah dan Afghanistan, boleh menimbulkan ancaman lebih dekat dengan negara sendiri.



"Para pelampau mahir dalam mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi konflik luar negara sedemikian untuk mempromosi naratif radikal mereka dan merekrut penyokong dengan memanfaatkan pelbagai ketidakpuasan hati yang berbeza," kata ISD dalam laporan itu.



ISD berkata ISIS terus menimbulkan ancaman keselamatan besar di peringkat sejagat meskipun mereka kehilangan ketua dan wilayah di zon konflik utama.



Ketua ISIS, Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurayshi, mati dalam satu serbuan oleh tentera Amerika pada Februari lalu, namun kumpulan militan itu mengumumkan ketua baru, Abu al-Hasan al-Hashimi al-Qurashi, pada bulan berikutnya.



Ini menunjukkan "kepimpinan mendalam dan daya ketahanan operasi" ISIS, kata ISD, dengan kumpulan itu meneruskan usahanya membina jejak global mereka melalui sekutunya di Timur Tengah, Afrika dan Asia.



Menurut laporan itu, lebih 1,000 warga Asia Tenggara telah pergi ke zon konflik Syria/Iraq sejak pertengahan 2010-an.



Sekurang-kurangnya 600 individu dilaporkan kekal di Syria - sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak dalam kem tahanan.



Dalam pada itu, ancaman radikalisasi dalam talian tetap menjadi satu keprihatinan kerana ISIS terus menggunakan wadah tersebut untuk menyebarkan ideologi mereka.



ISD menambah bahawa terdapat juga kebimbangan kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) menjalinkan semula hubungan dengan Al-Qaeda.



Di Indonesia, beberapa anggota JI yang berlatih dengan sekutu Al-Qaeda di Syria sepanjang dekad lalu belum ditangkap.



Kumpulan JI mendapat perhatian sekitar 20 tahun lalu di Singapura selepas beberapa anggotanya ditangkap ISD pada 2001 kerana telah merancang beberapa serangan pengganasan di negara ini.



Di Singapura pula, ancaman menjadi radikal sendiri terus menjadi pemacu utama ancaman keganasan domestik.



Seramai 45 individu yang menjadi radikal sendiri, merangkumi 33 rakyat Singapura dan 12 warga asing, telah dikenakan Perintah Tahanan atau Perintah Sekatan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2015.



Laporan Penilaian Ancaman Pengganasan 2022: 






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >