Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ancaman siber meningkat

Jun 19, 2018 | 04:29 PM



ANCAMAN siber kian meningkat di Singapura, dengan lebih banyak kes memancing data, serangan di laman web, serangan malware dan serangan berbentuk peras ugut atau lebih dikenali sebagai ransomware tahun lalu.



Ini sejajar dengan jumlah serangan siber yang kian bertambah di seluruh dunia, menurut laporan tahunan oleh Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA).



Laporan Landskap Siber Singapura 2017 setebal 50 halaman yang dikeluarkan CSA hari ini (19 Jun) menunjukkan bahawa jumlah memancing data dengan pautan Singapura bertambah 10 kali tahun lalu. Sebanyak 23,420 pautan URL ditemui, berbanding 2,512 pautan pada 2016.



Selain syarikat teknologi seperti Microsoft dan Apple, penggodam turut menyasarkan agensi pemerintah termasuk Penguasa Hasil Mahsul (Iras) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) untuk mendapatkan maklumat peribadi warga Singapura seperti nombor pasport dan maklumat kad kredit.



Lonjakan jumlah kejadian memancing data itu juga antara lain disebabkan langkah CSA menganalisa lebih banyak titik data tahun lalu berbanding 2016.



Kejadian serangan di laman web turut meningkat, dengan 2,040 kes tahun lalu berbanding 1,750 pada 2016.



Penggodam menyasarkan syarikat kecil dan sederhana (SME) dalam sektor perkilangan, runcit dan teknologi maklumat.



Dalam pada itu, jenayah siber turut meningkat, menurut SPF.



Sebanyak 5,430 kes jenayah siber dilaporkan tahun lalu, dengan mangsa mengalami kerugian lebih $95 juta.



Kerugian terbesar yang dialami daripada satu kes melibatkan $6 juta, dengan mangsanya kehilangan wang itu akibat kes penipuan cinta di Internet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >