Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ancaman utama pengganas ke atas S'pura - individu yang radikal sendiri: RSIS

Jan 06, 2023 | 05:30 AM



ANCAMAN utama pengganas terhadap Singapura masih datang daripada individu yang meradikalisasikan diri sendiri, menurut satu laporan oleh Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS).



Tetapi laporan itu juga menarik perhatian bahawa pihak berkuasa harus terus berwaspada, kerana pelonggaran sekatan pergerakan yang berkaitan Covid-19 boleh membawa kepada kebangkitan semula aktiviti pengganas di rantau ini.



Walaupun hanya seorang yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun lalu, pihak berkuasa Singapura terus menyelongkar kes-kes radikalisasi diri pada 2022, menurut laporan tahunan menilai ancaman keganasan global, Trend dan Analisis Menangani Pengganas (CTTA).



Laporan itu menjelaskan bahawa negara ini terus menjadi sasaran utama dalam propaganda kumpulan pengganas Islam seperti Negara Islam (IS) walaupun pada masa ini tiada ancaman pengganas yang khusus atau boleh dipercayai terhadap Singapura.



"Internet terus memainkan peranan penting dalam mengekalkan daya gerakan jihad global.



"Dilancarkan di medan perang maya tanpa sempadan, 'Jihad Siber' ini merupakan kancah keselamatan yang berpotensi dalam masyarakat yang sangat terhubung secara digital seperti Singapura," kata CTTA.



Sekatan pergerakan Covid-19 lemahkan pengambilan, kegiatan kumpulan pengganas



Laporan itu menjelaskan:



"Di Singapura, ancaman utama masih berpunca daripada individu yang diradikalkan sendiri melalui dalam talian.



"Walaupun jumlahnya (bagi mereka yang ditangani di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri) telah berkurangan sedikit dalam beberapa tahun kebelakangan ini - daripada 17 kes tertinggi pada 2016 kepada satu kes setiap tahun pada 2021 dan 2022 - kes radikalisasi diri berterusan."



Sejak 2015, 45 individu yang meradikalisasikan diri telah ditangani di bawah ISA, terdiri daripada 33 warga setempat dan 12 warga asing.



Tahun lalu, satu-satunya orang yang ditahan di bawah ISA ialah warga Singapura berusia 29 tahun, Radjev Lal Madan Lal pada April, yang telah membuat persiapan untuk pergi ke zon konflik luar negara dan berperang.



Dia dipengaruhi oleh ajaran dalam talian pendakwah asing seperti Imran Hosein, Anwar Al-Awlaki dan Musa Cerantonio dan menjadi yakin bahawa ia adalah kewajipan agamanya untuk memerangi musuh Islam.



Radjev, berkata jika diarahkan, dia sanggup melakukan serangan di Singapura, atau terhadap kepentingan Singapura di luar negara walaupun beliau tidak mempunyai rancangan khusus untuk berbuat demikian pada masa penahanannya.



Laporan setebal 120 halaman itu disusun oleh RSIS, dengan ada bahagian yang ditulis oleh pelbagai pakar negara dan wilayah.



Bahagian Singapura disusun oleh penganalisis kanan, Encik Kalicharan Veera Singam dan penganalisis penyelidikan, Cik Abigail Leong di Pusat Antarabangsa bagi Keganasan Politik dan Penyelidikan Keganasan, unit di bawah RSIS.



Menarik perhatian bahawa Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura telah menilai ancaman keganasan sebagai "tinggi" pada 2022, seperti yang berlaku dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kedua-duanya berkata bahawa keupayaan kumpulan pengganas untuk beroperasi dan merekrut di Singapura atau merancang serangan di negara itu bagaimanapun, telah terbatas.



Tambah kedua-dua penganalisis itu, Taliban yang berkuasa semula di Afghanistan tidak menghasilkan lebih banyak kerjasama dengan rangkaian serantau seperti Jemaah Islamiyah.



Menurut laporan itu, sekatan pergerakan Covid-19 telah melemahkan pengambilan dan kegiatan kumpulan pengganas serantau dan pembiayaan mereka, menyebabkan sejumlah besar pengganas menyerah diri di wilayah Mindanao, Filipina dalam tempoh tiga tahun lalu akibat keletihan, kelaparan dan kemerosotan sokongan kewangan.



Kedua-dua penganalisis itu menambah bahawa pada 2022, tiada kes baru pembiayaan keganasan dilaporkan.



Pada Mei lalu, pemerintah telah melarang pendakwah Indonesia, Abdul Somad Batubara daripada memasuki negara lantas mencetuskan tindak balas daripada pengikutnya, termasuk bantahan di luar kedutaan Singapura di Jakarta dan konsulat jeneral di Medan serta dalam talian.



Kedua-dua pengarang berkata pelonggaran sekatan berkaitan pandemik bermakna pihak berkuasa perlu terus proaktif terhadap perekrut pengganas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >