Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Anda nampak tertekan... boleh saya bantu?'

Jun 28, 2021 | 05:30 AM



MELIHAT raut wajah rakannya, Encik Subramaniyan Rajkumar dapat merasakan rakannya yang berdiam diri itu sedang rasa bimbang dan sedih.



Perlahan-lahan, beliau menghampiri rakannya itu untuk bertanyakan apa yang berlegar di fikirannya.



Dek pandemik Covid-19, rakannya itu berasa risau tentang keadaan keluarganya di India kerana ibu bapanya dijangkiti virus itu.



Demi menenangkan hati dan fikiran rakannya yang runsing itu, Encik Rajkumar, meluangkan masa berbual bersamanya supaya rakannya itu dapat meluahkan segala masalah yang dihadapi.



"Saya beritahu rakan saya agar jangan bimbang, kita akan cuba selesaikan masalah ini. Saya berikan sokongan dengan menghubungi keluarganya sendiri untuk pastikan mereka semua okay," kata Encik Rajkumar, 25 tahun, yang berasal dari India dan sudah bekerja di Singapura selama lebih empat tahun.



Seorang lagi pekerja migran dari India, Encik Perumal Rahulgandhi, 28 tahun, pula berkongsi bahawa apabila beliau melihat rakan-rakannya rasa tertekan kerana tidak dapat keluar dormitori akibat Covid-19, beliau akan mendekati mereka dan meluangkan masa bersama.



"Saya akan berbual-bual dengan mereka dan berikan bantuan apabila mereka memerlukannya. Jika mereka perlukan bantuan kewangan, saya akan bantu seberapa boleh.



"Tetapi jika mereka perlukan barang seperti makanan, saya akan beritahu majikan kami. Oleh sebab kami tidak boleh keluar, saya akan beritahu pengurus kami dan mereka akan bantu belikan dan hantarkan ke dormitori kami," kata beliau, yang sudah bekerja di sini sejak lima tahun lalu.



Encik Rajkumar dan Encik Rahulgandhi merupakan antara sekitar 100 pekerja migran yang telah mendaftarkan diri mereka sebagai ketua sokongan rakan dan menjalani latihan untuk meraih kemahiran menjaga kesejahteraan mental dan pertolongan cemas psikologi asas.



Latihan itu, yang diadakan jurulatih Pasukan Petugas Projek Dawn, mengajar pekerja migran itu cara berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka yang mungkin rasa tertekan dan bimbang.



Dengan ini, pekerja migran yang dilatih itu dapat menjadi tempat bagi rakan-rakan mereka mengadu masalah dan bagi mereka mengongsi amalan kesihatan mental.



Pekerja migran yang menjadi ketua sokongan rakan juga akan dapat mengenal pasti rakan yang dalam kebimbangan dan membimbing mereka dalam cara mendapatkan bantuan.



Selain itu, ketua sokongan rakan juga boleh memaklumkan kepada kumpulan penjagaan masyarakat atau Pasukan Jaminan dan Sokongan ke Hadapan (Fast) di bawah Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (Ace) jika sokongan diperlukan untuk menyelesaikan masalah dihadapi rakan mereka.



Kedua-dua Encik Rajkumar dan Encik Rahulgandhi berkata mereka mahu menjadi ketua sokongan rakan kerana mahu membantu rakan-rakan di sekeliling mereka dari segi emosi dan mental.



Encik Rahulgandhi, seorang penolong runcit di syarikat landskap Prince's Landscape, berkata pandemik Covid-19 telah membuat ramai pekerja migran rasa tertekan kerana mereka perlu membuat pelbagai penyesuaian dalam kehidupan.



"Memang sukar bagi kami kerana banyak perkara berubah. Kami juga bimbang dengan keadaan Covid-19 di India kerana situasinya kurang baik dan kami risau tentang keluarga kami di sana. Ada juga bimbang tentang kewangan, dan kadang kala kami berikan sebahagian gaji kepada kawan yang memerlukan," kata beliau.



Walaupun tujuan meraih kemahiran menjaga kesejahteraan mental itu adalah untuk membantu rakan-rakan mereka, kedua-dua Encik Rajkumar dan Encik Rahulgandhi berkata mereka dapat menggunakan kemahiran yang dipelajari itu bagi manfaat diri sendiri.



"Apabila saya sendiri rasa tertekan, saya akan hubungi keluarga saya dahulu. Saya juga cuba berfikiran positif dan akan berkongsi masalah dengan rakan-rakan saya," kata Encik Rajkumar, seorang penolong tapak semaian di Prince's Landscape.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >