Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KORONAVIRUS: Jasamu dikenang

Anda tidak dipinggirkan! Peket makanan tanda penghargaan

Feb 17, 2020 | 05:30 AM



GERAM hatinya apabila melihat pos media sosial mengenai segelintir kakitangan hospital dipinggirkan atau dihalau di tempat-tempat awam hanya kerana mereka dikhuatiri membawa koronavirus.



Lebih memilukan apabila beliau membaca tentang seorang 'uncle', pemandu ambulans diusir ketika beliau sekadar mahu membeli nasi ayam.



Menyifatkan perbuatan sebegitu sebagai "tidak munasabah", pengasas Our Kitchen Singapore, Cik Yasmin Osman, berkata itulah yang mendorongnya untuk memberi makanan percuma kepada pegawai barisan depan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID) Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Beliau, yang telah memulakan inisiatif tersebut Selasa lalu, telah mengagihkan 50 peket makan tengah hari serta minuman, dan merancang memberi 100 peket bagi minggu-minggu akan datang.



Jumaat lalu, Cik Yasmin turut mengagihkan 100 peket ke Hospital Ng Teng Fong.



"Makanan adalah cara paling mudah untuk meluahkan kasih sayang dan menunjukkan kita ambil berat," ujarnya.



Satu peket makanan yang diberi percuma itu, bernilai sekitar $6 jika ia dijual.



Dalam pada itu, beliau memastikan menu setiap minggu berlainan.



"Sementara kita berasa takut dengan koronavirus itu, kebaikan mampu mengatasi ketakutan. Kita perlu berbuat baik kepada mereka (pegawai barisan depan, jururawat dan doktor) kerana mereka sanggup meletakkan diri mereka dalam risiko untuk orang yang mereka tak kenal. Kita juga patut melakukan yang sama," ujarnya. Pasukannya hanya terdiri daripada lima orang.



Selain Our Kitchen Singapore, semakin banyak perniagaan makanan dan minuman lain turut tampil untuk meluahkan penghargaan kepada kakitangan barisan depan, baru-baru ini.



Antaranya ialah Old Chang Kee Singapore yang memberi satu epok-epok percuma kepada semua kakitangan penjagaan kesihatan.



Bagi OK Chicken Rice pula, beberapa warga Singapura turut bekerjasama dengan mereka untuk memberi makanan percuma kepada pasukan perubatan koronavirus.



Di bawah kempen 'cheer-up', orang ramai boleh menaja $3 bagi setiap pakej Nasi Ayam Panggang (Roast Chicken Rice) yang berharga $5.90 dengan bakinya ditanggung kedai halal itu.



Sejauh ini, OK Chicken Rice telah mengagihkan lebih 450 peket Nasi Ayam Panggang kepada pasukan yang menjejak kenalan rapat di Kementerian Kesihatan (MOH) serta kakitangan barisan depan di NCID, TTSH, dan Hospital Khoo Teck Puat.



Pemilik OK Chicken Rice, Encik Daniel Tan, berkata: "Saya dengar daripada rakan-rakan yang merupakan pekerja penjagaan kesihatan, bagaimana mereka dipinggirkan.



"Kami mahu rakan pasukan penjagaan kesihatan kami tahu mereka penting dan dihargai. Perbuatan kecil sebegini bermakna, bukan daripada pemerintah, bukan daripada syarikat besar tetapi daripada individu biasa."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >