Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Andalus perkenal penjenamaan baru bagi program pendidikan

Nov 20, 2020 | 05:30 AM



KONSEP yang merentasi tiga alam dan kesepaduan ilmu.



Inilah yang diterap oleh Andalus dan institusi kerabatnya, Zuhri dan Cordova, dalam kempen pengiklanan 2020/2021 yang ditaja oleh syarikat tersebut melalui siri iklan akhbar yang disiarkan di Berita Harian.



Usaha kempen iklan penjenamaan Andalus ini antara lain mengambil langkah menyokong usaha menerapkan nilai-nilai kemanusiaan.



Pengarah Bahagian Pengurusan Andalus, Dr Abdullah Othman, berkata syarikatnya ingin berkongsi cara berfikir, arah tuju pelbagai perkhidmatan dan produk yang disediakan oleh Andalus dan kerabatnya yang lain.



"Mesej dalam penjenamaan ini agak abstrak kerana gabungan jalinan pelbagai dimensi sumber pengetahuan dan kaedah kefahaman.



"Ia penting dalam memahami pelbagai fenomena terkini yang bertambah kompleks dan terus berubah, tetapi masih mantap dari segi agama - akidah, syariat dan akhlak.''



Dr Abdullah berkata menerusi konsep abstrak pengiklanan itu, beliau berharap waris dan pelajar dapat memahami secara bertahap-tahap akan sumber-sumber ilmu, klasifikasi ilmu dan darjat ilmu.



"Pemikiran dan kefahaman secara beradab akan membantu memahami kedudukan dan peranan Tuhan, insan dan alam.



"Pendidikan di Andalus, Cordova dan Zuhri bukan sahaja mengukuh kefahaman ilmu-ilmu fardu ain, tetapi turut membantu mereka fahami ilmu-ilmu fardu kifayah yang dipelajari di institusi pendidikan konvensional, berdasarkan pandangan alam Islam yang jelas dan mantap.



"Walaupun dalam sekitaran sekular, para pelajar dapat memahami kewujudan dan kejadian sejajar dengan panduan Islam.



"Singapura sebagai kota global bersifat kosmopolitan, kefahaman dan keyakinan yang jelas dan murni penting untuk menjamin keperibadian dan kewibawaan diri, keluarga dan masyarakat.



"Dengan ini, mereka akan menjadi insan baik, bersifat progresif dalam masyarakat serta menyumbang sebagai rakyat yang dinamik,'' ujar Dr Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >