Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM AIDILFITRI

Anggap pemilikan flat satu pencapaian terbesar

Jun 05, 2019 | 05:30 AM



Bagi sesetengah keluarga, Hari Raya tahun ini mencatatkan sejarah penting dalam kehidupan mereka kerana selepas menetap di flat sewa sekian lama, mereka akhirnya berkesempatan menyambut Lebaran di rumah sendiri. ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) meninjau di halaman ini dan halaman berikut, dua keluarga yang beraya di flat baru mereka.



SELAMA 27 tahun, Encik Muhammad Ismadi Ismail tidak pernah merasakan 'nikmat' menetap di rumah sendiri.



Ini kerana selama ini beliau dan keluarganya tinggal di flat sewa di Ang Mo Kio, yang menyaksikan kelahiran beliau dan adiknya hinggalah kepada tiga anaknya.



Namun, Hari Raya tahun ini amat bermakna baginya kerana Encik Muhammad Ismadi, 28 tahun, akhirnya dapat menyambut Lebaran di teratak yang dibeli sendiri.



Selepas beberapa tahun bekerja keras, Encik Muhammad Ismadi yang bertugas sebagai pekerja penghantaran, dan isterinya, Cik Nur Amalina Yahya, 26 tahun, seorang penolong perancang perkilangan, berjaya membeli flat tiga bilik di Woodlands pada Disember tahun lalu.



Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di Woodlands Street 13 itu dibeli pada harga $155,000 dengan bantuan Geran Perumahan Tambahan (AHG) dan Geran Perumahan Khas (SHG) sebanyak $45,000.



Semasa dihubungi, Encik Muhammad Ismadi melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan menyifatkan pemilikan flatnya sebagai pencapaian terbesar bagi dirinya.



"Terus terang apabila kami berpindah rumah, saya menangis melihat rumah baru saya.



"Sehingga sekarang, saya tidak percaya yang saya mempunyai rumah sendiri dan apabila duduk sendiri, saya terfikir 'Betul ke aku sudah ada rumah?'.



"Saya dan isteri sangat gembira kerana kami dapat sediakan sekitaran baru untuk anak membesar.



"Yang penting, saya tidak mahu anak-anak menjadi seperti saya, terus-menerus tinggal di rumah sewa dan mahu mereka mulakan kehidupan baru," jelas anak keenam dalam tujuh beradik itu.



Bagaimanapun, perjalanan menjadikan impian keluarganya kenyataan bukanlah mudah, menurutnya.



"Selepas ibu saya, seorang ibu tunggal, meninggal dunia sekitar lima tahun lalu, saya mengambil alih flat sewa kami itu untuk tinggal lima beranak.



"Pada masa itu, saya dan isteri masih muda. Kami tidak ada banyak wang dalam Tabung Simpanan Pekerja (CPF).



"Makanya, kami agak takut-takut hendak beli flat sendiri sehinggalah ada simpanan yang mantap," ceritanya.



Sebagai ketua keluarga, Encik Muhammad Ismadi terpaksa melakukan banyak pengorbanan, termasuk melakukan dua pekerjaan.



"Apabila sudah dapat rumah, agak stres jugak memikirkan bagaimana siapkan wang untuk berpindah nanti.



"Saya terpaksa melakukan dua pekerjaan seperti pegawai keselamatan dan cuci kereta agar dapat kumpul wang.



"Mak mertua yang tinggal bersama kami juga banyak beri sokongan kewangan," ujarnya.



Semua pengorbanan itu ternyata berbaloi kerana kehidupan mereka sekeluarga kini lebih selesa.



"Dulu flat sewa tiada bilik, kami lima beranak tidur di sebuah katil manakala ibu mertua saya tidur di atas tilam. Kini sudah ada bilik, jadi ada privasi dan anak-anak serta ibu mertua ada bilik mereka sendiri.



"Apabila saya dengar anak-anak berkata mereka suka rumah baru ini, memang hati saya sangat bahagia," kongsinya sambil menambah bahawa flatnya berdekatan dengan kemudahan dan sekolah anaknya.



Dengan adanya rumah baru itu, persiapan untuk Hari Raya tahun ini juga lebih meriah berbanding tahun sebelumnya.



"Kami tidak banyak menghias rumah dahulu sebab kecil dan tiada ruang.



"Tetapi Raya ini, kami boleh pasang lampu lap lip, koridor pun boleh dihias. Pokoknya, memang lebih seronok beraya di rumah sendiri," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >