KEMENTERIAN Perdagangan dan Perindustrian (MTI) akan mengeluarkan anggaran awal hasil dalam negara kasar (GDP) Singapura bagi suku keempat dan keseluruhan 2015 pada 8 pagi, 4 Januari.
Ahli ekonomi sektor swasta menurunkan unjuran mereka bagi pertumbuhan GDP Singapura bagi keseluruhan tahun ini kepada 1.9 peratus daripada 2.2 peratus sebelum ini, dalam tinjauan suku tahunan terkini Penguasa Kewangan Singapura (MAS) awal bulan ini.
Ramalan rasmi pemerintah ialah pertumbuhan "hampir 2 peratus".
Pertumbuhan GDP Singapura pada suku ketiga lebih lemah daripada yang dijangka.
Ekonomi berkembang 1.9 peratus pada suku kedua, lebih rendah daripada ramalan median 2.1 peratus ahli ekonomi dalam tinjauan MAS pada September.
Bagi suku keempat, ahli ekonomi menjangka GDP berkembang pada kadar 1.4 peratus, lebih rendah daripada unjuran 2.3 peratus dalam tinjauan sebelumnya.
Pertumbuhan dijangka meningkat tahun depan kepada 2.2 peratus, menurut ahli ekonomi yang ditinjau MAS.