Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota bomba lakukan CPR bagi selamatkan kucing

Semua 14 kucing, kecuali satu, diselamatkan dalam kebakaran di maisonet Bukit Panjang baru-baru ini
Apr 30, 2022 | 05:30 AM



BIASANYA bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dilakukan ke atas seseorang yang nadinya terhenti.



Namun, anggota bomba Staf Sarjan Mohammad Yazid Mohammad Yusof menjalani pengalaman sangat unik baru-baru ini - melakukan CPR ke atas seekor kucing.



Ini apabila kucing itu terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah maisonet di Blok 422 Fajar Road pada 21 April.



"Saya periksa nadi femoral di bahagian kakinya dan saya tidak dapat rasa nadi.



"Oleh itu, secara naluri, saya perlu melakukan CPR ke atas kucing itu kerana saya ingin fokus pada tugas saya (menyelamatkan nyawa)," kata beliau, yang juga seorang teknisyen perubatan kecemasan dan terlatih untuk melakukan CPR.



Kucing yang diselamatkan itu adalah antara 14 kucing yang berjaya dikeluarkan dari flat terbakar itu.



Tiga daripadanya memerlukan rawatan CPR yang dilakukan tiga anggota bomba yang mempunyai pengalaman sebagai teknisyen perubatan kecemasan di situ.



Semua, kecuali satu, daripada 14 kucing itu sedarkan diri kemudiannya.



Seramai 20 anggota bomba Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikerahkan dalam misi memadamkan api dan menyelamat itu.



Mengimbas kembali keadaan mencemaskan itu, pegawai mengawasi operasi keselamatan itu, Leftenan Juliet Oh, berkata asap tebal di maisonet itu membuat operasi mereka lebih mencabar.



"Kami menggunakan kamera pengimejan haba untuk mengesan haba (kehidupan) di dalam flat itu. Banyak kucing baring di lantai dan semua anggota bomba kami berjaya mengeluarkan semua kucing itu," katanya.



Bagi Leftenan Oh, melihat kucing-kucing itu terlantar di lantai tingkat satu maisonet itu adalah satu pengalaman menyedihkan.



"Semuanya terbaring dan tidak begitu responsif. Namun, tindakan segera diambil untuk menyelamatkan semua kucing itu semampu mungkin," katanya.



Seorang lagi pegawai, Korporal Marco Lim Yuan Hao, 25 tahun, juga membantu menyedarkan kucing-kucing itu.



Beliau menggunakan alat pernafasan serba lengkapnya (SCBA) untuk memberi udara segar dengan segera kepada kucing-kucing itu, yang berdehit dan tidak responsif kerana terhidu terlalu banyak asap.



Anggota bomba itu kemudian memberi oksigen kepada haiwan-haiwan tersebut.



"Selain itu, dengan bantuan jiran-jiran di situ yang memberi air dalam sebuah mangkuk, saya memberi memberi kucing-kucing itu minum menerusi picagari kecil.



"Kucing-kucing itu minum dan ada daripada mereka pulih dan responsif selepas itu," kata Korporal Marco, yang berpengalaman bekerja di hotel haiwan peliharaan.



Leftenan Juliet berkata pemilik flat itu sedih melihat keadaan kucing-kucingnya itu tetapi bersyukur kerana hampir semua dapat diselamatkan.



Dalam kebakaran itu, api memusnahkan beberapa barang di balkoni maisonet tersebut.



Sekitar 20 orang juga dipindahkan dari flat berdekatan sebagai satu langkah berjaga-jaga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >