Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota keluarga punya peranan penting sebar maklumat

Dec 18, 2020 | 05:30 AM



ANGGOTA keluarga dan teman memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat, baik maklumat yang benar mahupun yang palsu.



Menurut tinjauan Institut Pengajian Dasar (IPS) tentang warga Singapura dan maklumat palsu yang hasil dapatannya dibentangkan semalam, hampir tiga suku responden berkata mereka telah berkongsi maklumat palsu di laman rangkaian sosial, wadah mesej segera atau kedua-duanya sekali kerana maklumat itu diterima daripada teman dan anggota keluarga yang rapat.



Mereka juga berkongsi berita dan hal ehwal semasa bersama anggota keluarga dan teman mereka menerusi wadah mesej segera lebih kerap berbanding menerusi laman rangkaian sosial.



Zamil penyelidik kanan yang juga Ketua Jabatan Masyarakat dan Budaya di IPS, Dr Carol Soon, berkata ini menunjukkan bahawa terdapat banyak potensi untuk membangunkan imuniti rangkaian di kalangan warga Singapura.



"Warga Singapura boleh memainkan peranan lebih aktif dalam rangkaian sosial mereka untuk membetulkan maklumat palsu.



"Selain meningkatkan pengetahuan di kalangan warga Singapura untuk melengkapi mereka dengan kemahiran mengenal pasti maklumat palsu dan bagaimana untuk mengenal pastinya, lebih banyak usaha boleh dijalankan untuk mengajar kemahiran insani untuk membantu orang ramai mengambil langkah campur tangan dalam rangkaian sosial mereka," ujarnya.



Dr Soon juga berkata responden lebih kerap menerima maklumat palsu dalam bentuk teks, diikuti dengan dalam bentuk gambar.



Tambahnya, mereka juga lebih cenderung mempercayai maklumat palsu dalam bentuk gambar dan teks berbanding dalam bentuk lain seperti video dan audio.



Dari segi topik pula, beliau berkata responden paling kerap mendapat maklumat palsu berkaitan isu asing atau antarabangsa, diikuti dengan maklumat palsu berhubung gaya hidup serta kesihatan dan perubatan.



Dr Soon turut menarik perhatian pentingnya rangkaian sosial sekali lagi kerana tinjauan tersebut turut menunjukkan bahawa orang ramai biasanya bertanya anggota keluarga, teman atau rakan kerja mereka untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima, dengan 62 peratus responden berkata mereka melakukan demikian.



Namun apabila menerima maklumat palsu di laman rangkaian sosial dan wadah mesej segera, responden berkata mereka biasanya tidak mempedulikan maklumat palsu itu dan tidak mengambil sebarang tindakan.



Hanya segelintir sahaja yang akan memberitahu pihak yang berkongsi maklumat palsu itu bahawa ia tidak benar.



Menyifatkannya sebagai membimbangkan, Dr Soon berkata:



"Mereka yang dapat mengenal pasti maklumat palsu berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengekang penularan maklumat palsu itu.



"Jika mereka tidak mempedulikannya dan tidak mengambil tindakan, penularan maklumat palsu itu akan bertambah teruk dan tidak sempat untuk menghentikannya."



Jika mereka yang dapat mengenal pasti maklumat palsu itu tidak mengambil tindakan untuk memastikan pihak berkuasa relevan boleh mengambil langkah sewajarnya untuk membetulkannya, pengguna lain dapat terus menerima maklumat palsu itu.



Ini juga akan menjejas keberkesanan strategi menangani kandungan oleh sesetengah syarikat, yang menggalak pengguna memaklumkan mereka tentang kandungan yang disyaki palsu supaya ia dapat disemak oleh pemeriksa fakta.



Menurut tinjauan itu, ini juga mungkin menunjukkan satu tanggapan di kalangan orang ramai bahawa maklumat palsu satu isu yang harus ditangani dan diselesaikan pihak lain, termasuk pemerintah atau syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >