Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Anggota keluarga, teman perlu sikap terbuka, dapatkan sokongan pakar jika perlu

Sep 26, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA keluarga dan juga teman-teman perlu terus 'hadirkan diri' dalam hidup individu yang mengalami masalah mental atau yang mempunyai keinginan untuk bunuh diri.



Namun, agar tidak menyumbang kepada kebingungan yang dialami individu-individu ini, anggota keluarga dan orang sekeliling perlu mengawal emosi dan reaksi mereka terlebih dahulu dan memahami pendekatan terbaik yang perlu diambil.



Mereka juga perlu lebih bersikap terbuka dalam membincangkan isu bunuh diri ini dan tidak menganggapnya sebagai topik 'taboo' yang perlu dielakkan, menurut pakar yang dihubungi Berita Harian (BH).



Meskipun peranan keluarga dalam menangani isu ini ditekankan, namun seringkali maksud 'hadirkan diri' itu disalah anggap.



Ramai yang berpendapat 'hadir' dalam kehidupan individu yang sedang melalui krisis itu adalah untuk terus menegur dan membetulkan apa yang dilihat sebagai kesilapan, menurut Pengarah Pakar Psikoterapi Sistemik dan Konsultan Klinikal Hayaa' Network, Cik Maimunah Mosli.



Ini seringkali tidak membuahkan hasil yang baik kerana ia menambah kepada kebingungan yang dihadapi individu tersebut, tambahnya.



"Istilah 'hadirkan diri' ini perlu sedikit pencerahan kerana ramai yang anggap mereka perlu membetulkan apa yang difikirkan, contohnya untuk memberitahu individu yang mempunyai keinginan untuk bunuh diri bahawa apa yang mereka ingin lakukan itu tidak berlandaskan ajaran agama atau bukan sesuatu yang diajar dalam keluarga.



"Bukan itu yang ingin mereka dengarkan, kerana semua itu mereka sudah tahu dan segala maklumat itu juga tersedia di Internet," ujarnya.



Dalam keadaan kompleks seperti ini, penting untuk membentuk respons yang sesuai dan ini memerlukan persiapan dari pihak anggota keluarga iaitu dengan menguruskan emosi mereka terlebih dahulu, dan ini kadangkala memerlukan bantuan pakar seperti kaunselor.



"Kita perlu belajar bertanyakan soalan atau berikan reaksi yang sesuai... jangan mudah menggelabah.



"Usah tambah kepada kebingungan mereka dengan ungkapan seperti 'masih lagi nak bunuh diri?' atau 'Tak fikir pasal mak bapak ke'.



"Sebaliknya, kita boleh bertanyakan tentang keperluan paling asas, contohnya 'sudah makan ke belum' dan berikan mereka masa untuk luahkan perasaan seterusnya," kata Cik Maimunah.



Namun, ada kalanya ini menimbulkan keganjilan, terutama sekali apabila perbualan seperti itu bukan sesuatu yang biasa dilakukan di antara keluarga.



"Di sini pakar seperti kaunselor memainkan peranan sebagai orang ketiga yang boleh menjadi perantara dan berlaku adil kepada kededua pihak," tambahnya.



Pada masa yang sama, anggota masyarakat juga perlu mengetepikan rasa segan dalam membincangkan topik bunuh diri ini kerana ia mungkin menghalang usaha untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan, kata Cik Maimunah.



Dalam pada itu, tinjauan yang dilakukan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) menunjukkan bahawa enam dalam 10 warga Singapura percaya bahawa menyebut tentang bunuh diri akan mencetuskan idea tersebut dalam benak fikiran seseorang.



Hasil tinjauan yang dikeluarkan pada Mei lalu itu turut mendedahkan bahawa meskipun sebahagian besar daripada 2,960 responden percaya bahawa kes bunuh diri ini boleh dicegah, lebih daripada 60 peratus tidak akan membantu seseorang yang mempunyai keinginan untuk bunuh diri kerana takut keadaan menjadi lebih buruk dan tidak tahu cara terbaik untuk menghulurkan bantuan.



Kepercayaan bahawa perbincangan mengenai isu bunuh diri ini akan menyebabkan seseorang untuk mengambil nyawanya sendiri merupakan satu salah tanggapan biasa, kata naib pengarah latihan dan pembangunan di badan Samaritans of Singapura (SOS), Cik Charlene Heng.



Katanya: "Sebaliknya, ia berbeza bagi mereka yang menghubungi khidmat kami. Dengan bertanyakan tentang keinginan untuk bunuh diri, anda mewujudkan ruang selamat bagi mereka mengetengahkan apa yang sudah pun wujud dalam benak seseorang yang mempunyai keinginan seperti itu dan ini akan membuatnya berasa lega kerana dapat membincangkan masalah mereka."



Mengelakkan daripada membincangkan tentang topik bunuh diri ini juga menjejas keluarga yang kehilangan anggota kerana sebab itu, kata pengasas bersama pergerakan PleaseStay - kumpulan advokasi pencegahan kes bunuh diri di kalangan belia, Cik Valerie Lim.



Katanya: "Salah satu perkara paling sedih yang dihadapi ibu bapa dalam kumpulan kami selepas pemergian anak mereka adalah orang ramai biasanya mengelakkan diri dari mereka kerana tidak tahu apa yang perlu dibualkan... mereka tak berani bertanya apa-apa.



"Tapi pada masa yang sama ada di kalangan mereka yang bertanyakan terlalu banyak soalan sebelum ibu bapa itu bersedia (untuk membuka hati mereka mengenai apa yang telah berlaku)."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >