Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota khidmat negara ditemui mati dengan luka tembakan di kepala

Sep 01, 2021 | 05:30 AM



SEORANG anggota perkhidmatan negara polis sepenuh masa, 21 tahun, telah ditemui dengan luka tembakan di kepalanya di Komand Operasi Khas (SOC) kelmarin.



Anggota itu dilaporkan bertugas kira-kira 10.30 pagi pada 30 Ogos dan telah mengambil revolver perkhidmatannya dari gudang senjata, kata polis dalam satu kenyataan semalam.



"Beliau kemudian ditemui seorang diri dengan luka tembakan di kepalanya di tandas di SOC pada sekitar 11 pagi.



"Alat revolver perkhidmatannya dijumpai di sebelahnya," kata polis.



Lelaki itu disahkan meninggal dunia pada sekitar jam 11.20 pagi oleh anggota paramedik di tempat kejadian.



Polis telah menyifatkan kes tersebut sebagai kematian luar biasa.



Jabatan Siasatan Jenayah sedang menyiasat kes tersebut.



Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki perbuatan khianat, menurut kenyataan itu lagi.



Polis juga mengucapkan takziah kepada keluarga anggota perkhidmatan itu dan sedang membantu keluarga itu dalam masa kesedihan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >