SEBUAH institusi yang menganggotai majlis Pertubuhan Antara Agama (IRO) semalam menghulurkan derma $100,000 bagi mangsa gempa bumi Nepal atas nama keharmonian agama di negara ini.
Semalam, Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Al-Attas, yang juga anggota majlis IRO, mewakili penderma yang enggan namanya disiarkan itu, menyerahkan cek tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Tharman Shanmugaratnam, yang menerimanya di pihak IRO, di pejabat IRO di Palmer Road.