Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan - KEMENTERIAN PERTAHANAN

Anggota NS bakal dapat $2,000 tunai tambahan mulai Apr

Mar 04, 2022 | 06:44 AM



SEBANYAK $2,000 wang tunai tambahan akan diberikan kepada anggota Perkhidmatan Negara (NS) mulai April tahun ini.



Ia merupakan jumlah kumulatif yang merentas tiga peringkat latihan sepanjang perjalanan NS mereka.



Semua anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) akan mendapat wang tunai tambahan $1,000 selepas tamat menjalani perkhidmatan negara (ORD).



Selanjutnya, bayaran pertama sebanyak $500 akan diberikan pada bahagian pertengahan latihan dalam kem (ICT) dan $500 lagi selepas menamatkan latihan anggota kerahan perkhidmatan negara (ORNS).



Ini adalah tambahan kepada bayaran sebelumnya yang sejumlah besarnya telah dimasukkan ke akaun Tabung Simpanan Pekerja (CPF) mereka sepanjang tiga peringkat ini.



Buat masa ini, anggota bukan komander mendapat tokokan $3,000 dalam Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) atau Akaun Biasa CPF mereka, serta tokokan $2,000 dalam Akaun Medisave CPF selepas melengkapkan setiap peringkat latihan.



"Anggota Perkhidmatan Negara kita kini akan menerima sekurang-kurangnya $6,000 selepas tamat perkhidmatan negara sepenuh masa mereka, dan sekurang-kurangnya $5,500 pada bahagian pertengahan dan tamat ORNS mereka," kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan), Encik Heng Chee How ketika mengumumkannya semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.



Beliau menambah perubahan itu akan memanfaatkan sekitar 54,000 anggota SAF dan Home Team setiap tahun.



Menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan faktanya, pembayaran tunai anugerah NS HOME (Perumahan, Perubatan dan Pendidikan) yang dipertingkatkan ini bertujuan untuk "mengiktiraf dengan lebih baik sumbangan anggota NS kepada pertahanan negara".



Pembayaran tunai tambahan ini akan disalurkan dalam bentuk kredit tunai dalam aplikasi LifeSG yang boleh digunakan di pelbagai kedai fizikal dan dalam talian, yang menerima kaedah pembayaran PayNow, serta perniagaan yang menerima pembayaran melalui Nets QR mulai bulan depan.



Inisiatif ini merupakan antara yang diperkenalkan Jawatankuasa Semakan NS (NSRC), yang ditubuhkan pada 2020 untuk meningkatkan pengalaman NS. NSRC memuktamadkan semakannya tahun ini.



Semakan semula NSRC disusun mengikut tiga teras utama, iaitu - memanfaatkan sepenuhnya sumbangan anggota NS; meningkatkan pengalaman NS; serta mempertingkatkan pengiktirafan dan sokongan untuk anggota kerahan negara.



Antara inisiatif lain yang diperkenalkan termasuk mengautomasikan tuntutan gaji gantian (MUP) bermula separuh kedua tahun ini.



Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) dan majikan mereka tidak perlu lagi mengemukakan tuntutan dan dokumen sokongan untuk sebarang kegiatan ORNS seperti latihan ICT.



Mereka akan diminta menyemak perkara ini sebelum bayaran dibuat, dan mereka boleh menyerahkan dokumen tambahan jika mereka mahu pengiraan semula.



Bagi data pendapatan yang tidak tertera dalam sistem secara automatik akan menerima gaji asas bulanan sebanyak $1,600, tanpa mengira pangkat dan pekerjaan mereka.



Dalam ucapannya di Parlimen semalam, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen berkata inisiatif ini "amat berguna terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan rasmi dan sedang menjalani latihan".



Lebih 100,000 anggota NSmen dan 25,000 majikan akan mendapat manfaat daripada pengiraan automatik MUP dan gaji asas NS ini.




APA KATA AP



''Pada Mac 2019, Mindef/SAF mengumumkan bahawa kepakaran awam khusus akan digunakan dan dikerahkan dalam peranan baru... Mereka yang berkemahiran seperti yang bekerja dalam bidang siber, undang-undang, perubatan, kejuruteraan, psikologi telah pun dikerahkan. Di negara kecil yang menghadapi banyak ancaman dan risiko yang kompleks, kerahan sedemikian menawarkan kita cara yang baik untuk menggunakan sebaik mungkin anggota yang berkhidmat untuk negara kita.''
- Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade), mengenai kerahan pakar dalam Mindef/SAF.




''Keselamatan bukanlah sesuatu yang harus mendapat perhatian hanya apabila sesuatu kejadian berlaku. Kita perlu menjadikan keselamatan sebagai keutamaan dalam fikiran kita. SAF harus memastikan anggota tentera kita pulang ke rumah kepada keluarga mereka dengan selamat dan sihat. Mereka harus dilindungi bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga kesihatan mental.''
- Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar), mengenai keselamatan dan kesihatan anggota tentera SAF.




INISIATIF BARU LAIN YANG DIUMUM MINDEF



  • Penilaian fungsional akan dilaksana pada pemeriksaan perubatan untuk prapendaftar dengan keadaan ortopedik terpilih mulai 2022.

  • Penggunaan Kepakaran NSmen akan dibenar pada bila-bila masa sewaktu tempoh kitaran ORNS mereka dan diperluas kepada peranan bukan pegawai.

  • Pengagihan bayaran faedah pengiktirafan NS secara digital seperti untuk Anugerah Kecemerlangan NS, Hadiah Perayaan dan komponen tunai NS HOME melalui aplikasi mudah alih LifeSG.

  • Perkhidmatan NS yang lebih peribadi pada platform OneNS. Fasa pertama platform OneNS akan dilancar selepas pertengahan 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >