Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota NS maut akibat asap bom tangan: Mahkamah tolak saman keluarga

Mar 04, 2016 | 10:07 AM



MAHKAMAH Tinggi menolak pada Khamis (3 Mac) tindakan saman yang dibuat terhadap Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) oleh keluarga seorang anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa yang meninggal dunia pada 2012 selepas tindak balas alahan kepada asap bom tangan semasa satu latihan ketenteraan.

Keluarga Prebet Dominique Sarron Lee turut menyaman komander platun dan ketua pegawai keselamatan latihan itu, dengan mendakwa kecuaian pada pihak mereka.

Ketiga-tiga defendan memohon membatalkan tindakan undang-undang itu, yang difailkan tahun lepas.

Mereka bergantung pada peruntukan dalam Akta Prosiding Pemerintah, dengan berhujah bahawa ia memberi mereka imuniti daripada disaman kerana kecuaian.

Di bawah Akta itu, anggota angkatan tentera yang menyebabkan kematian seorang lagi anggota semasa bertugas tidak boleh didapati bertanggungjawab atas satu kesalahan sivil. Begitu juga dengan pemerintah.

Encik R. S. Bajwa, yang mewakili komander platun, Kapten Najib Hanuk Muhammad Jalal, dan Encik Laurence Goh, yang mewakili pegawai keselamatan, Kapten Chia Thye Siong, berhujah pelanggan mereka dilindungi kerana mereka hanya menjalankan tugas sebagai anggota SAF.

Encik Irving Choh, yang bertindak bagi keluarga itu, berhujah imuniti tidak diguna pakai kerana tindakan mereka jatuh di luar skop tugas mereka; Kapten Najib meletupkan enam bom asap sedang peraturan keselamatan menetapkan dua.

Encik Choh juga berhujah bahawa wujud kontrak antara SAF dan Pte Lee, dan keluarganya berhak mendapat ganti rugi memandangkan SAF telah melanggar kewajipan kontrak untuk memastikan piawaian tertinggi keselamatan latihan.

Bagaimanapun, SAF, yang diwakili Jabatan Peguam Negara, berhujah bahawa hubungan undang-undang antara SAF dan Pte Lee bukan kontrak.

Dalam pendengaran dalam kamar pada Khamis (3 Mac), Pesuruhjaya Kehakiman Kannan Ramesh mendapati Akta itu terpakai dalam kes Pte Lee. Beliau juga menolak hujah Encik Chow bahawa SAF dan Pte Lee mempunyai hubungan kontrak.

Keluarga Pte Lee dikehendaki membayar kos sebanyak $22,000 kepada tiga defendan itu.

Pada 17 April 2012, Pte Lee mengalami kesukaran bernafas dan pengsan semasa latihan di Lim Chu Kang.

Beliau, yang berusia 21 tahun dan ada penyakit semput, dipindahkan ke Pusat Perubatan Sungei Gedong sebelum dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional, tetapi disahkan meninggal dunia pada 2 petang hari itu.

Siasatan koroner pada Ogos 2013 mendapati beliau meninggal dunia akibat tindak balas alahan akut zink klorida, sebatian utama yang digunakan dalam bom asap.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Kementerian Pertahanan berkata ia dan SAF akan terus memberisokongan kepada keluarga Pte Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >