Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota NS maut dalam nahas semasa latihan

Nov 03, 2018 | 06:20 PM



SEORANG anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) maut selepas terlibat dalam kemalangan kenderaan di kawasan latihan Jalan Murai sekitar 10.10 pagi tadi (3 November).



Menerusi satu kenyataan, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata Prebet (PTE) Liu Kai, 22 tahun, sedang mengendali sebuah kenderaan Land Rover sebagai sebahagian satu latihan apabila sebuah kenderaan Bionix mengundur sehingga berlanggar dengan Land Rover yang dinaikinya itu.



“Beliau tidak sedar diri dan segera dirawat medik di tempat kejadian. Khidmat Ambulans Kecemasan SAF dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diaktifkan pada 10.17 pagi dan tiba di tempat kejadian pada 10.30 pagi.



“PTE Liu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sekitar 10.35 pagi,” kata Mindef dalam kenyataan itu.



Siasatan polis sedang dijalankan dan sebuah Jawatankuasa Siasatan (COI) akan dibentuk untuk menyiasat apa yang menyebabkan kejadian tersebut.



Tentera Darat juga sedang menawarkan bantuan dan sokongan kepada keluarga mendiang.



PTE Liu merupakan pengendali pengangkutan dari Hab Pengangkutan Barat SAF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >