Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota NS SCDF curi ambulans di balai bomba, terus pandu ke kondo temanita

Nov 05, 2020 | 05:30 AM



MENGENAKAN kemeja-T Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMS) dengan seluar hitam, seorang anggota Perkhidmatan Negara (NS) sepenuh masa bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu seorang pegawai sentri di Balai Bomba Sengkang bahawa dia merupakan pegawai EMS habis bertugas dan perlu berbicara dengan seorang rakan kerja di dalam.



Haziq Syamim Esa, yang berbasikal ke balai bomba, dibenarkan masuk premis itu kira-kira 3 pagi pada 12 Mac, sebelum dia mencuri sebuah ambulans yang diletakkan di satu ruang.



Dia kemudian memandu ambulans itu ke kondominium The Amore di Edgedale Plains, Punggol, untuk melawat teman wanitanya yang tinggal di sana.



Pegawai SCDF lain kemudian terserempak dengannya di kondominium itu dan polis dimaklumkan.



Warga Singapura berusia 21 tahun itu mengaku bersalah di Mahkamah Daerah semalam bagi setiap satu tuduhan mencuri dan menipu. Dia juga mengaku bersalah bagi satu lagi tuduhan tiada kaitan, iaitu menyebabkan kecederaan kepada orang lain dengan melakukan perbuatan terburu-buru.



Mahkamah diberitahu bahawa pada waktu awal pagi pada 12 Mac, seorang paramedik SCDF telah memandu ambulans itu ke balai bomba dan meletakkannya di ruang dengan enjin hidup.



Haziq kemudian masuk ke balai itu dan memandu keluar ambulans tersebut.



Apabila sampai di kondominium, dia menghidupkan lampu suar ambulans dan menipu pengawal keselamatan di situ yang mempercayai bahawa terdapat kecemasan perubatan.



Pegawai SCDF di balai mendapati ambulans hilang pada sekitar 4 pagi dan mengerahkan sekumpulan anggota bomba untuk mencarinya.



Mereka menjumpai kenderaan itu di kondominium tersebut pada pagi itu dan Haziq ditahan.



Semalam, mahkamah mendengar bahawa Haziq mempunyai sejarah gangguan skizofrenia. Mahkamah telah meminta laporan untuk menilai kesesuaiannya bagi probesen dan perintah rawatan mandatori (MTO).



Pesalah yang diberikan MTO perlu menjalani rawatan untuk mengatasi keadaan mental mereka sebagai ganti kepada hukuman penjara. Haziq akan dihukum pada 11 Disember.



Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda, dan bagi menipu, dia boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan didenda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >