Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota NTUC boleh guna khidmat hurai tikai Case percuma

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



LEBIH satu juta anggota Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) kini boleh menggunakan perkhidmatan penyelesaian pertikaian Persatuan Pengguna Singapura (Case) secara percuma, selepas dua pertubuhan itu menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) semalam.



Menerusi kerjasama itu, NTUC akan menyerap kos yuran keanggotaan tahunan Case bagi semua anggotanya dan mulai semalam mereka menikmati pengecualian yuran itu dan caj pentadbiran perkhidmatan penyelesaian pertikaian Case. Ini termasuk pengendalian dan rundingan pertikaian kontrak bagi pihak mereka.



Pengarah Divisyen Perkhidmatan Keanggotaan NTUC, Encik Steve Tan, berkata kerjasama itu tepat pada masanya kerana pertikaian pengguna dengan perniagaan terus menjadi keprihatinan.



"Menegakkan hak dan tanggungjawab pengguna sentiasa menjadi matlamat bersama kedua-dua pertubuhan, dan NTUC bangga dapat bekerjasama dengan Case bagi menyokong anggota kami dalam pertikaian mereka dengan perniagaan," katanya.



Pengarah Eksekutif Case, Cik Lee Siow Hwee, berkata: "Sejak penubuhan kami pada 1971, Case aktif dalam melindungi kepentingan pengguna dan memperjuangkan hak pengguna. Kami juga menyediakan nasihat percuma bagi pengguna yang menghadapi pertikaian dengan perniagaan, serta membantu pengguna berunding atau menjadi pengantara dengan peniaga bagi menyelesaikan pertikaian kontrak dan mencapai penyelesaian secara baik.



"Kerjasama dengan NTUC ini akan menjadikan perkhidmatan penyelesaian pertikaian kami lebih mudah diakses kumpulan warga Singapura yang lebih besar," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >