Anggota polis NS meninggal dengan luka tembakan di kepala, revolver ditemui di sisinya

Seorang anggota polis perkhidmatan negara berusia 23 tahun meninggal dunia pada Ahad  (9 Sept), hampir seminggu selepas beliau ditemui dengan tembakan di kepala.

Kejadian berlaku di Komand Keselamatan Perlindungan di Ulu Pandan Road pada Isnin lepas (3 Sept), menurut polis dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau melapor diri bertugas pada 8 pagi Isnin lalu, dan mengambil revolver dari tempat simpanan senjata. Pada 3.20 petang, dia ditemui di kawasan rehat di situ dengan luka tembakan di kepala.

Revolver itu ditemui di sisinya.

Beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Universiti Nasional dan meninggal dunia pada Ahad.

Siasatan awal Jabatan Siasatan Jenayah mendapati beliau bertengkar di telefon sebelum ditemui dengan luka tembakan.

Polis, dalam kenyataannya, berkata: "Polis melahirkan takziah mendalam kepada keluarga mendiang dan membantu keluarga dalam kesedihan ini."

 

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
3 HR PSI: 29
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.