Anggota samseng '369' dalang sindiket dadah
Penangkapan dua lelaki oleh pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) pada 2013 kerana mengedar dadah telah mencetus satu siasatan menyeluruh selama hampir dua tahun, yang akhirnya menumpaskan seorang dalang operasi mengedar dadah. ADLI YASHIR KUCHIT (adli@sph.com.sg) menyusuri kes itu.
Jun 27, 2016 | 05:30 AM
AWAL bulan ini, Norasharee Gous, 42 tahun, didapati bersalah bersubahat dalam kegiatan mengedar dadah. Dia dihukum gantung.
Siasatan Biro Narkotik Pusat (CNB) menunjukkan Norasharee, seorang warga Singapura, merupakan dalang sebuah operasi mengedar dadah.