Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman disaran dipinjam ke mahkamah dan lembaga rayuan Syariah

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



DALAM usaha membina pemahaman dan pengetahuan silang mahkamah, anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman (JSC) yang sesuai perlu dipinjamkan atau bergilir mengendalikan kes Mahkamah Syariah atau Lembaga Rayuan Syariah.



Sementara itu, perkongsian dan pembelajaran antara mahkamah, contohnya antara pegawai Mahkamah Syariah dan mahkamah sivil, juga boleh diadakan di bawah Kolej Kehakiman Singapura, menurut Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) di Parlimen semalam.



Beliau memberikan saranan tersebut dalam ucapannya membahaskan rang undang-undang bagi menubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman (JSC) di mana beliau menekankan pentingnya membina kepakaran dalam beberapa bidang khusus yang mungkin melibatkan isu sensitif agama atau budaya.



Menurut Encik Zhulkarnain, bagi menarik dana antarabangsa atau individu yang mempunyai aset yang bernilai tinggi untuk melabur di Singapura, ia perlu memperkukuhkan lagi statusnya sebagai hab penyelesaian pertikaian terkemuka.



"Selain itu, sektor kewangan Islam telah melihat kenaikan kes yang dikemukakan di mahkamah dan proses timbang tara di serata dunia, termasuk institusi di kawasan Malaysia dan Timur Tengah.



"Kes-kes ini memerlukan kepakaran yang mendalam dan rangka kerja undang-undang menyeluruh bagi mengendalikan kes pertikaian kewangan Islam.



"Ia juga memerlukan pendekatan yang berhemah dan sensitif mengikut wilayah tertentu," katanya dalam ucapan yang disampaikan dalam Bahasa Melayu.



Selain kes komersial atau sivil, mahkamah Singapura juga menghadapi kes yang melibatkan isu-isu sensitif yang menjejas semua lapisan masyarakat Islam, tambahnya.



Ini termasuk tafsiran isu-isu undang-undang Syariah seperti tafsiran Undang undang Pentadbiran Undang-undang Islam (AMLA), wakaf atau undang undang pusaka Islam (faraid) dan undang-undang perkahwinan dan pewarisan orang Islam yang kadangkala dibicarakan di Mahkamah Tinggi, menurutnya.



Sementara itu, Encik Zhulkarnain juga mencadangkan agar landasan kerjaya dan perkembangan pegawai JSC yang dipinjamkan lebih jelas supaya jawatan tersebut dapat menarik lebih ramai pegawai.



Memberi respons, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Menteri Kedua Undang-Undang, Encik Edwin Tong, berkata matlamat utama mengubah struktur tersebut adalah untuk menyokong latihan dan perkembangan pegawai dalam khidmat kehakiman dan perundangan.



"Kami ingin memberikan peluang terbaik kepada pegawai untuk terus berkembang. Kededua cabang kehakiman dan perundangan kini semakin matang dan dapat menawarkan peluang berbeza dalam setiap cabang bagi pendedahan.



"Walau bagaimanapun, peminjaman pegawai akan ditawarkan di bawah rangka kerja yang akan dibincangkan dan dipersetujui," kata Encik Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >