BAIK jika anggota suku kaum Banjar dapat dikumpulkan dan bersatu di bawah satu pertubuhan bagi mengekalkan tradisi dan warisan budaya suku kaum itu di sini.
Melahirkan hasrat itu, anggota veteran suku kaum tersebut, Encik Burhan Mohamed, 75 tahun, berkata terdapat ramai orang Banjar di Singapura tetapi tidak tahu jumlah sebenar.