Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Angin kencang di S'pura pada Isnin, capai 49.3ksj di Admiralty

Jan 18, 2021 | 10:27 PM

SINGAPURA dilanda angin kencang pada Isnin (18 Jan), dengan kelajuan hingga 49.3 kilometer sejam (ksj) di Admiralty pada sebelah pagi.

Perkhidmatan Kaji Cuaca Singapura (MSS) mencatatkan kelajuan tinggi itu dalam jangka masa satu minit di stesen cuaca Admiralty pada 11.01 pagi.

Angin kencang juga dicatat pada waktu lain - 41.3 ksj pada 1.47 petang dan 31.1 ksj di stesen cuaca Tai Seng.

Kawasan di tenggara Singapura seperti East Coast, Marina Barrage, Changi dan Pasir Panjang mencatatkan kelajuan angin lebih 20ksj hingga petang Isnin.

Angin kencang pada Isnin bagaimanapun bukan yang paling kuat bagi Januari di Singapura kerana kelajuan angin maksimum tertinggi yang dicatatkan setakat ini ialah 70.2ksj di Admiralty pada 12 Januari.

Berita Popular

Cuaca hujan dan berangin pada awal Januari dijangka reda tidak lama lagi, kerana MSS meramalkan separuh kedua Januari yang kering dan panas.

Suhu maksimum harian dijangka mencapai 34 darjah Celsius pada beberapa hari, dengan kebanyakan hari mencatat suhu antara 32 dengan 33 darjah Celsius.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map