Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Angkatan Udara S'pura dan M'sia tamat latihan mencari dan menyelamat dua hala

Oct 01, 2022 | 02:47 PM



Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan Angkatan Udara Diraja Malaysia (RMAF) berjaya menamatkan edisi keempat Latihan Mencari dan Menyelamat (Sarex) MALSING dua hala.



Berlangsung sejak 28 September hingga hari ini (1 Oktober) di Pangkalan Udara Kuantan (KAB), Malaysia, edisi tahun ini menyaksikan penyertaan pertama helikopter H225M RSAF dalam satu latihan luar negara.



Ini juga Sarex MALSING pertama di mana kededua kakitangan perkhidmatan boleh menyambung semula interaksi dan pertukaran secara bersemuka sejak wabak Covid-19 bermula.



Latihan empat hari melibatkan kru udara dan darat Mencari dan Menyelamat (SAR), serta pasukan perubatan dari kededua RSAF dan RMAF.



Peserta latihan merancang dan melaksanakan operasi bersama SAR di barat laut pantai Tioman, berdasarkan simulasi senario kemalangan udara.



Pasukan SAR kededua angkatan udara menjalankan pencarian udara bagi mereka yang terselamat dan membawa keluar mangsa simulasi bagi penjagaan perubatan segera.



Tambahan lagi kakitangan RSAF dan RMAF berbincang akan prosedur bagi operasi SAR bersama.



Kegiatan ini meluaskan kerjasama antara kededua angkatan udara dalam bidang yang saling diminati, dan menjalin interaksi profesional antara kakitangan.



Ketua Staf - Staf Udara RSAF, Brigadier-Jeneral (BG) Lau Boon Ping dan Timbalan Ketua RMAF, Leftenan Jeneral (LG) Dato' Indera  Hj Muhamad Norazlan merasmikan pembukaan majlis Sarex MALSING pada 28 September lalu.



Berucap di majlis itu, BG Lau berkata:



"Dalam operasi Mencari dan Menyelamat, terlepas beberapa saat mungkin boleh memberi perbezaan antara hidup dan mati.



"Memandangkan jarak dekat antara Singapura dengan Malaysia, terdapat peluang bagi kededua menyelaras usaha mereka bagi meluaskan keberkesanan menyeluruh operasi Mencari dan Menyelamat.



Latihan dua hala itu mencerminkan hubungan pertahanan yang hangat dan lama wujud antara Singapura dan Malaysia.



Selain Sarex MALSING, RSAF dan RMAF juga kerap berinteraksi berkaitan kegiatan yang berbilang hala di bawah  Aturan Pertahanan Lima Negara (FPDA).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >