Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Aniaya bayi 4 bulan: Amah tuntut perbicaraan

Aug 17, 2021 | 05:30 AM



SEORANG pembantu rumah yang didakwa menyerang bayi majikannya yang berusia empat bulan, telah menuntut perbicaraan dalam satu mahkamah daerah semalam.



Nenti, warga Indonesia berusia 25 tahun, juga didakwa mengubah puting botol susu bayi perempuan itu.



Dia menghadapi dua tuduhan berkelakuan jahat dan satu tuduhan mencederakan bayi itu dengan sengaja.



Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada 2019, lapor The Straits Times.



Identiti bayi itu tidak boleh disiarkan di bawah Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda (CYPA).



Perincian mengenai ibu bapanya juga tidak boleh disiarkan untuk melindungi identiti bayi itu.



Bapa bayi itu, yang tampil sebagai saksi semalam, memberitahu mahkamah bahawa isterinya menemui tanda cakar di kaki anak mereka.



Pasangan itu kemudian membawa bayi itu ke doktor kanak-kanak yang berkata bayi itu tidak mungkin mencederakan dirinya sendiri.



Mengesyaki bahawa Nenti mungkin yang mencederakan bayi mereka, bapa bayi itu kemudian membuat laporkan polis.



Bapa bayi itu juga mendapati bahawa lubang puting botol bayi itu kelihatan seperti telah dibesarkan menggunakan pisau atau gunting.



Satu klip video yang ditunjukkan di mahkamah menunjukkan Nenti mengendalikan beberapa bahagian botol susu bayi itu.



Bapa bayi itu berkata Nenti kelihatan seperti memeriksa puting botol itu untuk melihat puting mana yang telah diubah.



Perbicaraan itu diteruskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >