Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Aniaya kanak-kanak: Pekerja Pertapis dipenjara tiga minggu

Oct 13, 2015 | 12:34 PM



SEORANG pegawai kebajikan yang juga guru agama di Rumah Kanak-Kanak Pertapis dihukum penjara tiga minggu pada Selasa (13 Okt) kerana menganiayai lapan kanak-kanak bawah jagaannya.


Muhammad Abdul Gani, 27 tahun, mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu pada 10 September lalu.


Enam tuduhan sama diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.


Mahkamah diberitahu bahawa pada masa berlainan pada 2013, Muhammad mengangkat dua kanak-kanak dengan menarik kepala mereka. Kanak-kanak tersebut berusia tujuh dan empat pada masa itu.


Dia juga menolak seorang budak perempuan berusia 10 tahun pada 2013, menyebabkan kepalanya terhantuk almari.


Pada satu masa pada 2012, dia menendang kerusi tempat seorang budak perempuan berusia 10 tahun sedang berdiri, menyebabkan kanak-kanak itu jatuh.


Muhammad juga dituduh menampar dan merotan anak-anak lain, serta mengunci seorang budak lelaki berusia empat tahun di dalam almari.


Semua kejadian itu terbongkar apabila Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga membuat laporan polis pada Februari 2014, selepas menerima maklumat bahawa beberapa kanak-kanak di rumah kebajikan itu "mungkin telah dihukum secara fizikal dan tidak sesuai oleh beberapa kakitangan".


Dalam menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Christopher Goh berkata sebagai guru, tindakan Muhammad "satu pelanggaran serius amanah dan kuasa" melibatkan kanak-kanak terdedah.


Bagaimanapun, Encik Goh berkata beliau mendapati "tidak ada niat jahat pada pihak tertuduh" dan Muhammad hanya menunjukkan reaksi berlebihan terhadap anak-anak itu kerana tidak menurut arahan beliau.


"Tidak mudah bagi kakitangan di rumah kebajikan seperti itu. Saya tidak iri hati terhadap mereka," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >