Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anita Sarawak, Rahimah Rahim dimasukkan ke dalam Dewan Wanita Masyhur Singapura

Mar 09, 2017 | 08:20 AM



PENYANYI pop 1970-an Anita Sarawak dan Rahimah Rahim akan menjadi penyanyi popular pertama dimasukkan ke dalam Dewan Wanita Masyhur Singapura (SWHF) akhir bulan ini.



Dua penyiar awal yang telah meninggal juga akan dimasukkan dalam satu kategori baru bagi media yang diwujudkan tahun ini.



The SWHF maya dilancarkan oleh Majlis Pertubuhan-pertubuhan Wanita Singapura (SCWO) pada 2014 untuk mengiktiraf sumbangan cemerlang wanita kepada Singapura.



Tiga wanita lain juga akan mendapat penghormatan selepas kematian.



Kesemua tujuh wanita itu akan menyertai barisan 133 wanita merangkumi peguam, doktor, peneroka dan ahli sains.



Penaung SCWO, Cik Mary Tan, isteri Presiden Tony Tan Keng Yam, akan menyampaikan trofi kepada mereka atau atau wakil mereka di majlis makan malam pada 24 Mac ini.



Anita, 64 tahun, anak pelakon dan pelakon-pengarah, terkenal sebagai penghibur dan menginap di Las Vegas.



Rahimah, 61 tahun, penyanyi terkenal yang pernah bernyanyi di kelab malam bersama bapanya, memenangi pertandingan nyanyian di Jepun, dan masih terlibat dalam nyanyian dan lakonan.



Lima penerima lain ialah Cik Sylvia Kho, perintis dalam reka bentuk gaun pengantin tempatan (96 tahun, meninggal pada 2013); Cik Majorie Doggett, pejuang hak haiwan (89 tahun, meninggal pada 2010); Cik Aisha Akbar, penyiar (84 tahun, meninggal pada 2015); Wong-Lee Sion Tin, wartawan penyiar (55 tahun, meninggal pada 1993); Theresa Chan, wanita tekal (72 tahun, meninggal pada 2016).



Komposer tempatan Dick Lee berkata kemasukan Anita dan Rahimah adalah penting bagi industri muzik di Singapura.



"Sudah tiba masanya kita menerima hakikat bahawa budaya popular adalah sebahagian daripada budaya kita di Singapura," kata beliau.



Seorang pemuzik veteran, Jeremy Monteiro, berkata: "Anita telah membanggakan Singapura... dan Rahimah menjadi mentor baik saya."



Rahimah, yang akan membuat persembahan pada majlis anugerah itu, berkata beliau "amat berbesar hati" dipilih.



"Saya tidak terkata," katanya. "Di majlis itu, ucapan saya ialah melalui lagu-lagu yang saya pilih untuk malam itu."



Difahamkan bahawa Anita, yang tinggal di Amerika Syarikat, tidak dapat menghadiri majlis tersebut.



Panel pemilihan dipengerusikan oleh Duta Kelana Singapura, Profesor Tommy Koh.



Pengerusi jawatankuasa SWHF Margaret Thomas berkata wanita semua telah membantu mencorak Singapura, tetapi warisan mereka mudah dilupa.



"Ini memalukan kerana kisah-kisah mereka memberi inspirasi. Mereka berhak dikenang dan sumbangan mereka direkodkan," katanya.



"Sebahagiannya memainkan peranan lebih penting, Sebahagian bekerja di belakang tabir. Tiada siapa harus dilupakan." _ ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >