Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anjung@WGS dirasmi

Ruang acara dan sukan serba guna ambil masa hampir setahun untuk dibina
Jul 09, 2022 | 05:30 AM



SETELAH mengambil masa hampir setahun untuk dibina, ruang acara dan sukan serba guna, Anjung@WGS dibuka secara rasmi malam semalam oleh tetamu terhormat, Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pembangunan Negara dan Kewangan, Cik Indranee Rajah.



Pembukaan rasmi prasarana lanjutan WGS itu turut dihadiri oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan) serta Pengerusi Presint Kebudayaan Geylang Serai, Dr Mohamad Maliki Osman.



Berucap dalam majlis pembukaan itu, Cik Indranee, yang menyampaikan ucapannya dalam Bahasa Melayu, berkata:



"Saya amat menghargai semua tenaga kerja yang sama-sama terlibat dalam merealisasikan proses pembangunan ini.



"Dengan bertambahnya kemudahan dewan serba guna ini, ia memberi satu lagi tempat yang boleh dimanfaatkan masyarakat Melayu untuk mengadakan perkahwinan, menganjurkan pertandingan sukan dan merancang kegiatan beriadah."



Satu kenyataan bersama WGS dan Presint Kebudayaan Geylang Serai berkata pembangunan Anjung@WGS bukan sahaja lanjutan bagi WGS, malah sebahagian usaha menghidupkan semula kebudayaan di kawasan Geylang Serai.



Pelbagai aktiviti sukan dan kebudayaan, termasuk pameran silat, pertandingan sepak takraw dan pesta makanan telah dianjurkan untuk bulan ini.



"Saya berharap masyarakat akan terus menyokong WGS dalam usahanya melestarikan seni, warisan dan budaya dalam acara-acara yang akan diadakan pada masa hadapan," kata Cik Indranee.



Acara pembukaan lapan malam itu menyaksikan pameran perkahwinan serta pameran panel-panel yang memaparkan atlet Melayu setempat.



Turut hadir dalam majlis semalam ialah Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-undang), Cik Rahayu Mahzam; Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman; dan Penolong Ketua Eksekutif Persatuan Rakyat, Encik Han Tan Juan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >