Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Antara 'gerai Ramadan' di seluruh S'pura

Apr 28, 2021 | 05:30 AM



PARADISO BY HAO



Alamat: The Grandstand, 200 Turf Club Road, #02-06/14



Di The Grandstand di Bukit Timah terletak Paradiso by Hao. Ruang berkonsep halal ini mempunyai lebih 20 gerai makanan dengan pelbagai makanan 'hipster', termasuk burger, takoyaki dan pencuci mulut seperti wafel dan aiskrim.



Antara gerainya ialah Burger Joi, Kampong Pisang, D'Hipster Kebab, Aroy Siam, Kream dan CutlegSG. Terdapat juga pasar raya halal dan kedai pakaian.



Khidmat bas ulang-alik ke The Grandstand disediakan. Paradiso by Hao dibuka setiap hari, dari 11 pagi hingga 11 malam.




MAKAN EMPIRE



Alamat: 11 Kaki Bukit Road 4, Bartley Biz Centre



Kedai kopi Makan Empire di Kaki Bukit menghidupkan suasana Hari Raya dengan pelbagai juadah buka puasa.



Ini termasuk makanan seperti nasi padang, kebab dan satay, dan minuman seperti air katira, air jagung dan air sirap selasih.



Makan Empire menyediakan ruang solat bagi pengunjung.



Waktu operasi setiap gerai berbeza, dengan kebanyakannya dibuka dari 1 petang hingga 2 pagi setiap hari.




PADI EMAS



Alamat: 214 Jurong East Street 21



Penduduk di kawasan barat boleh ke cawangan Padi Emas di Jurong East untuk merasakan suasana bazar.



Kedai kopi ini menyajikan pelbagai juadah buka puasa, seperti nasi ambeng, laksa asam, apam balik, burger Ramly dan air katira.



Bagi yang gemar kuih-muih tradisional, terdapat kuih seperti onde-onde, putri salat, badak berendam dan kuih keria.



Dibuka setiap hari mulai 2.30 petang.




WARONG JAHARA BY CHARISMA



Alamat: #02-19, Kapo Factory, 80 Playfair Road



Gerai Warong Jahara by Charisma ini terletak di sebuah kedai kopi di Tai Seng. Ia menjual pelbagai hidangan platter sesuai dikongsi bersama keluarga dan teman-teman, seperti nasi ambeng, nasi rawon dan nasi beriyani.



Ia juga menjual sup tulang merah dan pencuci mulut seperti agar-agar gudil dan bubur som-som.



Dibuka setiap hari, dari 3 hingga 6 petang, kecuali Isnin.




JUNCTION NINE



Alamat: 18 Yishun Avenue 9



Penduduk di kawasan utara boleh datang ke tingkat satu pusat beli-belah Junction Nine di Yishun untuk mendapat pelbagai juadah buka puasa.



Antara sajian yang dijual ialah nasi bento dari Ayamak SG dan kuih-muih dari Kuihzania, dan minuman air katira.



Dibuka setiap hari, dari 3 petang hingga 7 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >