Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:19
Maghrib
6:56
Isyak
8:10
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

TINJAUAN KESIHATAN PENDUDUK NASIONAL (NPHS) 2021

Pandemik jejas jumlah yang jalani ujian kesihatan, lakukan kegiatan fizikal

Libat saiz sampel 8,000 warga dewasa setempat menerusi wawancara dengan isi rumah antara Julai 2020 dengan Jun 2021
Dec 21, 2022 | 05:30 AM



    PANDEMIK yang melanda sepanjang dua tahun lalu telah menyebabkan bilangan orang yang mendapatkan ujian kesihatan serta menjalani kegiatan fizikal, berkurangan, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam Tinjauan Kesihatan Penduduk Nasional (NPHS) 2021, yang dibentang semalam.



    Dapatan tinjauan itu juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan mereka yang mendapatkan vaksinasi perlindungan influenza dan pneumokokal tahun lalu dalam kalangan warga senja juga meningkat, sedang lebih ramai orang tampil mendapatkan bantuan profesional bagi kesihatan mental.



    Tinjauan melibatkan saiz sampel sekitar 8,000 warga dewasa setempat menerusi interviu isi rumah, dijalankan antara Julai 2020 dengan Jun 2021 dan merupakan kajian yang dilakukan buat kali pertama semasa pandemik Covid-19.



    Tinjauan itu juga dilakukan semasa pemeriksaan kesihatan dijalankan.



    Hasil dapatan berdasarkan penduduk yang kian menua, kata laporan kajian itu.



    Dapatan itu menunjukkan bahawa penyertaan ujian secara amnya berkurangan tahun lalu berbanding 2019, sebelum pandemik Covid-19.



    "Ini mungkin disebabkan penangguhan perkhidmatan yang tidak penting, termasuk perkhidmatan ujian, semasa pandemik.



    "Penyertaan dalam ujian penyakit kronik merosot daripada 66.3 peratus pada 2019 kepada 59.2 peratus tahun lalu," menurut kajian itu.



    Penyertaan ujian bagi barah buah dada turut merosot (daripada 38.7 peratus kepada 31.1 peratus); serviks (48.2 peratus kepada 41 peratus); dan kolorektal (42 peratus kepada 36.6 peratus).



    NPHS mula dijalankan setiap tahun sejak 2017.



    Matlamatnya adalah untuk menjejak kesihatan, faktor risiko dan amalan gaya hidup penduduk Singapura sebagai panduan dalam menggubal dasar untuk menggalak Singapura yang sihat.



    NPHS 2021 juga mendapati kadar warga senja - berusia 65 hingga 74 tahun - yang mendapatkan vaksinasi influenza meningkat daripada 24.2 peratus pada 2019 kepada 32.4 peratus tahun lalu.



    Vaksinasi perlindungan pneumokokal dalam golongan usia tersebut juga meningkat daripada 10.3 peratus pada 2019 kepada 22.4 peratus tahun lalu.



    Sementara itu lebih ramai orang yang tampil mendapatkan bantuan profesional mengenai kesihatan mental.



    Kadar penduduk Singapura yang bersedia mendapatkan bantuan daripada karyawan penjagaan kesihatan untuk tangani tekanan tahun lalu (58.3 peratus) berbanding 2019 (47.8 peratus).



    "Ini mencerminkan kesedaran awam yang meningkat mengenai kesejahteraan mental, dan mengurangkan stigma berkaitan keadaan mental," tambah MOH.



    Kajian itu juga menunjukkan bahawa mereka yang terlibat dalam kegiatan fizikal berintensiti sederhana - sekurang-kurangnya 150 minit seminggu - berkurangan.



    Dapatan menunjukkan ia merosot daripada 80.1 peratus pada 2019 kepada 71.1 peratus tahun lalu, kemungkinan disebabkan kegiatan sosial dan fizikal yang dikurangkan semasa pandemik.



    Sebagai mendorong warga Singapura agar lebih aktif, MOH telah lancarkan Panduan Kegiatan Fizikal Singapura, dan akan terus memperbaiki akses ke pelbagai program senaman, termasuk meluaskan pilihan, menyediakannya secara dalam talian serta melakar lebih banyak sesi senaman di ruang masyarakat.



    Namun kelaziman penduduk Singapura yang merokok setiap hari kekal stabil pada 10.4 peratus tahun lalu berbanding 10.6 peratus pada 2019.



    Laporan lanjut: Melayu kurang jalani ujian penyakit kronik semasa pandemik




    ANTARA HASIL DAPATAN NPHS 2021 BERBANDING 2019 



    • Jumlah yang jalani pemeriksaan penyakit kronik susut kepada 59%, dari 66%

    • Penyertaan ujian bagi barah buah dada susut kepada 31.3%, dari 38.7 peratus; serviks: 41% dari 48.2%; dan kolorektal 36.6% dari 42%.

    • Warga senja 65-74 tahun yang dapatkan vaksinasi influenza naik kepada 32.4%, dari 24.2%, vaksinasi perlindungan pneumokokal naik kepada 22.4%, dari 10.3%

    • Kadar penduduk bersedia dapatkan bantuan daripada karyawan penjagaan kesihatan untuk tangani tekanan naik kepada 58.3%, dari 47.8%

    • Mereka yang terlibat dalam kegiatan fizikal berintensiti sederhana - sekurang-kurangnya 150 minit seminggu - berkurangan kepada 71.1%, dari 80.1%

    • Kelaziman penduduk yang merokok setiap hari stabil kepada 10.4%, dari 10.6%




    Video Baru

    Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
    Pilih perkataan yang betul 1/3
    =
    Pilih perkataan yang betul
    Betul!
    Salah!
    < Kuiz sebelumnya
    Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
    Kuiz seterusnya >