Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Antara kes Covid-19 : Lelaki Indonesia, sebahagian kumpulan 5 orang yang berenang, masuki S'pura secara haram

Jun 20, 2021 | 12:46 AM



SEORANG lelaki Indonesia yang dilaporkan sebagai kes Covid-19 baru di Singapura pada Khamis (17 Jun) adalah sebahagian daripada kumpulan lima pendatang haram yang ditangkap kerana cuba berenang ke Singapura menerusi lautan berhampiran Changi.



Ini disahkan Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Sabtu (19 Jun) sebagai respons kepada pertanyaan media.



Pada Khamis, Kementerian Kesihatan (MOH) mengatakan lelaki itu memasuki perairan Singapura dari Indonesia tanpa dokumentasi yang sah.



Seorang jurucakap polis berkata dia adalah antara lima perenang lelaki yang mula dikesan Polis Pengawal Pantai (PCG) di lautan berhampiran Aviation Park Road pada petang Isnin. Pengawal Pantai telah menahan kumpulan lelaki berusia antara 24 dengan 31 tahun itu kerana memasuki Singapura secara haram di bawah Akta Imigresen.



Mereka kemudian dipenjara di lokap individu dan menjalani ujian swab keesokan harinya. Menurut SPF ini adalah protokol bagi sesiapa yang diberkas kerana memasuki Singapura secara haram.



Lelaki 26 tahun itu kemudian diuji positif Covid-19 pada 16 Jun. Menyusuli pengesanan itu, dia diasingkan hingga tempoh dihantar ke hospital, jelas MOH. Menurut MOH lagi, lelaki ini tidak menampakkan tanda jangkitan.



Empat yang lain dengan segera dipindahkan ke kemudahan kuarantin.



Pegawai polis yang didapati mempunyai kontak rapat dengan lelaki tersebut juga dikuarantin dan diminta memantau kesihatan mereka.



Menurut polis lagi, pegawai yang dikerahkan bagi operasi yang mungkin memerlukan mereka berurusan dengan orang lain biasanya akan dilengkapi dengan peralatan perlindungan peribadi seperti pelitup, sarung tangan dan gaun pakai buang.



Beberapa pegawai barisan depan yang terpilih juga perlu menjalani ujian rutin tetap.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >