Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Antara pemimpin dan karyawan dengan latar belakang pendidikan kejuruteraan

Jan 06, 2019 | 05:30 AM



ENCIK MASAGOS ZULKIFLI MASAGOS MOHAMAD



- Menteri Sekitaran dan Sumber Air merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.



- Tamat pengajian di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik pada 1988



- Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 1994.



- Pekerjaan pertama dengan Singapore Telecommunications Limited (kini dikenali sebagai Singtel) pada 1988.



- Biasiswa Possiswazah Singtel membolehkannya mengambil Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Southern California pada 1995.



- Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Global Singtel.



ENCIK ZAQY MOHAMED



- Menteri Negara, Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia.



- Tamat pengajian di NTU dengan ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Elektronik dan Elektrikal.



- Meraih biasiswa untuk belajar di institut yang berpangkalan di Paris, ESIEE Management, selama setahun



- Pada 2003, tamat kursus Sarjana dalam Kejuruteraan Kewangan dari NTU dengan kerjasama Universiti Carnegie Mellon.



- Dari 1999 hingga 2002, beliau merupakan konsultan kanan sebelum menjadi konsultan perniagaan kepada Khidmat Perunding Perniagaan IBM dari 2002 hingga 2005.



- Dari 2005 hingga 2008, beliau merupakan pengarah Solutions Avanade, dan pada 2008, sertai Dimension Data sebagai pengarah penjualan.



- Beliau sertai Ernst & Young pada 2014 dan merupakan mantan rakan kongsi firma itu.



DR YAACOB IBRAHIM



- Mantan Menteri Perhubungan dan Penerangan dan Anggota Parlimen GRC Jalan Besar.



- Tamat pengajian dari Universiti Singapura dan meraih ijazah kepujian dalam kejuruteraan sivil pada 1980



- Pada 1989, beliau meraih Doktor Falsafah dari Universiti Stanford



ENCIK MOHAMMAD ALAMI MUSA



- Ketua Program Pengajian Hubungan Silang Agama dalam Masyarakat Majmuk (SRP) di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) di NTU.



- Presiden Majlis Tertinggi Muis.



- Meraih Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Sivil pada 1979 dari Universiti Singapura.



- Menerima Sarjana Sains dalam Kejuruteraan Sivil dari Universiti Singapura pada 1987.



ENCIK ALWI HAFIZ



- Penasihat Kemampanan syarikat Golden Veroleum Liberia (GVL) dan juga pengasas bersama Intuitif Technologies.



- Meraih Kepujian Kelas Pertama dengan ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan dari NUS pada 1987.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >