Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UNDANG-UNDANG DAN ANDA: BERSAMA

Antara perwakilan perundangan dan nasihat guaman

Jan 10, 2021 | 05:30 AM



TERDAPAT pelbagai bentuk bantuan guaman di Singapura.



Secara umum, bantuan guaman di Singapura boleh dibahagikan kepada dua jenis:



  • Pertama, apakah bantuan itu berbentuk perwakilan guaman atau pemberian nasihat guaman;

  • Kedua, di mana bantuan itu berbentuk perwakilan perundangan, sama ada jenayah atau sivil.

PERBEZAAN PERWAKILAN PERUNDANGAN DAN NASIHAT GUAMAN



Perbezaan antara perwakilan undang-undang dan nasihat guaman adalah sejauh mana penglibatan peguam dalam perkara perundangan.



Perwakilan undang-undang secara amnya bermaksud bahawa peguam akan terlibat dalam kes tersebut.



Sebagai contoh, peguam akan hadir bagi pihak penerima bantuan dalam proses mahkamah (sebagai contoh Skim Bantuan Guaman Jenayah dan juga Biro Bantuan Guaman).



Sebaliknya, pemberian nasihat undang-undang bermaksud bahawa penglibatan peguam agak terhad dan hanya terbatas pada pemberitahuan kepada penerima bantuan mengenai kemungkinan liabiliti; penyelesaiannya dan cara meneruskannya.



Ini dapat dilihat dalam banyak klinik nasihat undang-undang yang tersusun.



Sebagai contoh, Klinik Perundangan Komuniti yang dikendalikan oleh Pejabat Perkhidmatan Pro Bono.



Di sini, penerima bantuan hanya mendapat sesi 20 minit bersama peguam sukarela untuk "nasihat undang-undang asas".



Terdapat juga penolakan selanjutnya bahawa "nasihat yang diberikan pada sesi-sesi ini hanya sebagai petunjuk dan keselesaan dan tidak bertujuan untuk mengganti, menukar atau menambah nasihat guaman dan tindakan perundangan yang mungkin diperlukan dalam setiap kes" .



Selain daripada perbezaan tahap keterlibatan, satu lagi perbezaan yang utama adalah dalam syarat yang harus dipenuhi oleh calon penerima bantuan sebelum bantuan guaman diberikan.



Untuk mendapatkan nasihat undang-undang, syarat-syarat tersebut biasanya berkaitan dengan kemampuan kewangan calon penerima bantuan (seperti ujian pendapatan atau 'means test'), serta ehwal peribadi yang lain seperti kewarganegaraan, lokasi tempat tinggal dan lain-lain.



Bagi perwakilan undang-undang, selain 'mean tests', organisasi yang memberikan bantuan tersebut secara umum juga akan memeriksa 'merit perundangan' kes tersebut (iaitu 'ujian merit').



PERBEZAAN JENAYAH-SIVIL



Perkara jenayah merujuk kepada perkara di mana seseorang didakwa oleh negara kerana melakukan kesalahan.



Perkara-perkara sivil pula merujuk kepada perkara-perkara di mana perselisihan umumnya berlaku dengan orang lain dan bukannya negara.



Dengan bantuan guaman yang diberikan dalam bentuk perwakilan undang-undang, pelbagai bantuan guaman yang tersedia di Singapura umumnya hanya mengkhususkan dalam perkara jenayah atau sivil.



Sebagai contoh, Skim Bantuan Guaman Jenayah dan Skim Bantuan Guaman untuk hukuman mati adalah dua program terkenal untuk kesalahan jenayah tertentu sementara Biro Bantuan Guaman memberikan perwakilan undang-undang untuk perkara-perkara sivil tertentu.



Namun program bantuan undang-undang tertentu mungkin tidak membezakannya (seperti ketika seorang peguam memutuskan untuk mengambil kes pro-bono; lihat juga adhoc Skim Bantuan Pro-Bono).




Di Klinik Perundangan Komuniti yang dikendali Pejabat Perkhidmatan Pro Bono 



"Di sini, penerima bantuan hanya mendapat sesi 20 minit bersama peguam sukarela untuk "nasihat undang-undang asas".

Terdapat juga penolakan selanjutnya bahawa "nasihat yang diberikan pada sesi-sesi ini hanya sebagai petunjuk dan keselesaan dan tidak bertujuan untuk mengganti, menukar atau menambah nasihat guaman dan tindakan perundangan yang mungkin diperlukan dalam setiap kes."




  • Penulis seorang peguam dan pemilik firma guaman A. Rohim Noor Lila LLP. Antara bidang undang-undang yang beliau amalkan adalah unsur Pemindahan Hak, Undang-Undang Komersial dan Litigasi, Undang-Undang Korporat, Wasiat, Probet dan Pentadbiran Estet, Undang-Undang Keluarga, Adopsi dan Syariah, Surat Kuasa Wakil bagi flat HDB dan lain-lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >