Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Antara sejarah dan edaran air zamzam

Jan 20, 2022 | 05:30 AM



MENURUT sejarah Islam, telaga air zamzam ditemui kira-kira 5,000 tahun lalu di Makkah Al Mukarramah.



Ia telah ditemui oleh Siti Hajar ra, isteri kedua Nabi Ibrahim as dan ibu kepada anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ismail as ketika Makkah dipercayai masih lagi sebuah gurun yang tidak berpenghuni.



Pada suatu ketika, diriwayatkan Siti Hajar ra dan anak kecilnya, Nabi Ismail as, kehausan di kawasan padang pasir yang kering-kontang.



Demi mendapatkan air, Siti Hajar ra diberitakan telah berlari-lari anak sebanyak tujuh kali antara bukit Safa dengan Marwa untuk mendapatkan air untuk anak kecilnya itu.



Dalam usaha pencarian itu, Allah swt telah menghantar Malaikat Jibrail untuk menemui Siti Hajar ra.



Atas keizinan Allah swt, Malaikat Jibril pun menghentakkan kaki di suatu tempat untuk mengeluarkan air suci dari tengah-tengah padang pasir itu.



Tempat pancurannya ialah tempat Nabi Ismail as menghentak-hentak kaki dan menangis.



Siti Hajar ra mengepung kawasan mata air itu dengan batu-bata dan memanggilnya zamzam yang bermaksud ‘kepungan air’. Atas rahmat Allah swt, air itu bersih dan jernih.



Telaga zamzam yang berkeluasan 1.46 meter kali 2.66 meter dan sedalam 30.5 meter itu terletak di dalam Masjidil Haram, 21 meter (69 kaki) timur Kaabah, dengan permukaannya adalah 1.56 meter di bawah mataf – kawasan tawaf mengeliling Kaabah.



Hari ini, kemudahan teknologi membantu dalam pengeluaran air zamzam menerusi kaedah automasi, yang menelan belanja 700 juta Riyal ($252 juta) dan dilancarkan pada September 2010.



Menurut laporan akhbar Saudi Gazette, menerusi Projek Air zamzam Raja Abdullah di Kudai di Makkah, yang dimulakan pada 23 Mac 2021, air dari telaga zamzam diedarkan untuk beberapa jam sehari dari 1 tengah hari hingga 9 malam setiap hari, kecuali Jumaat.



Projek ini melibatkan 42 pusat pengedaran di ibu pejabatnya di Kudai, yang menyediakan air zamzam sepanjang masa.



Air dari telaga dipam ke projek ini bagi proses pembersihan, penyulingan dan penulenan menggunakan loji penapisan yang memanfaatkan teknologi tinggi.



Panjang saluran paip air dari telaga zamzam ke projek di Kudai adalah 1 kilometer.



Terdapat dua pam gergasi yang mengepam air dari telaga ke projek berkenaan, 8,000 liter seminit.



Harga sebotol lima liter air zamzam di Arab Saudi adalah 5.5 Riyal ($1.80), termasuk cukai.



Kuota pembelian untuk setiap orang di Saudi adalah empat botol sahaja setiap 15 hari.



Botol air zamzam boleh didapatkan di ibu pejabat projek itu, serta di pasar raya utama (hypermarket) dan kedai serbaneka yang memeterai kontrak bagi pengedarannya di seluruh negara.



Pasar raya utama dan kedai serbaneka dibekalkan dengan lebih 5 juta botol air zamzam untuk edaran.



Air zamzam ini juga dibekalkan menerusi penggunaan lori tangki ke Masjidil Nabawi di Madinah Al Munawarrah dari tangki Sabeel.



Terdapat tangki dengan daya simpanan 10,000 meter padu di projek itu. Loji pembotolan pula merangkumi beberapa kemudahan berteknologi tinggi termasuk satu kemudahan pengeluaran dan gudang simpanan botol, selain bangunan bagi stesen kecemasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >