Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah bagi CEO firma induk Shopee, FairPrice

Nov 25, 2020 | 05:30 AM



APABILA Encik Forrest Li tiba di Singapura 15 tahun lalu, beliau tidak berharta dan hanya menyewa sebuah bilik bersama isterinya di Braddell dan menanggung hutang pendidikan.



Tetapi, beliau bekerja keras bagi membangunkan wadah e-dagang tempatan Shopee dan wadah permainan elektronik Garena hingga dapat disenaraikan di Bursa Saham New York.



Atas kegigihannya, Encik Li, seorang warga Singapura asal China berusia 43 tahun, dinobat sebagai Usahawan Terbaik 2019/2020 dalam Anugerah Perniagaan Singapura (SBA) malam tadi.



Pengerusi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sea, syarikat induk Shopee, Garena dan firma pembayaran elektronik AirPay, itu diiktiraf kerana visinya membangunkan Sea sebagai syarikat pengguna Internet sejagat yang dianggarkan mempunyai nilai AS$54.2 bilion ($72.8 bilion).



CEO NTUC FairPrice dan NTUC Enterprise, Encik Seah Kian Peng, memenangi anugerah CEO Terbaik bagi kepimpinan cemerlang dalam menyediakan warga Singapura barang keperluan pada harga yang dimampui semasa krisis.



Anjuran akhbar The Business Times dan syarikat logistik DHL, anugerah itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dalam satu majlis di auditorium Singapore Press Holdings (SPH).



Dalam ucapannya, Encik Li berkata terdapat tanggapan bahawa peniaga hanya datang ke Singapura selepas berjaya, tetapi itu tidak benar.



"Singapura memainkan peranan dalam kejayaan saya... Singapura mengambil saya ketika saya tidak ada apa-apa. Saya ke sini tanpa sebarang duit dan mempunyai hutang pelajar ratusan ribu dolar. Isteri saya dan saya hanya menyewa satu bilik flat tiga bilik HDB di Braddell.



"Di sebalik itu, masyarakat Singapura menerima saya,'' kata lulusan sarjana pentadbiran perniagaan (MBA) dari Universiti Stanford itu.



Encik Seah pula memimpin koperatif itu hingga berjaya menjana pendapatan tahunan lebih $4 bilion, daripada kurang $1 bilion sebelum ini.



Dalam ucapannya, Encik Seah, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade, berkata beliau berpegang pada falsafah sentiasa menghargai orang lain, bekerja keras, membantu orang lain seperti orang lain membantunya, dan menikmati kejayaan bersama orang lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >