Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah berkat cemerlang dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak

Oct 20, 2015 | 06:06 AM



MINAT dan semangat membantu mencorak kehidupan kanak-kanak telah mendorong Cik Iffah Irdina Sahari melanjutkan pelajarannya dalam kursus Nitec Lanjutan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central dua tahun lalu.


Komitmen Cik Iffah, 20 tahun, melakukan yang terbaik dalam pelajaran dan menunjukkan semangat berkobarkobar dalam bidang itu ternyata membuahkan hasil.


Beliau antara 18 pelajar ITE yang menerima Anugerah Latihan ITE Agensi Pembangunan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (Ecda).


Ia merupakan kali pertama Anugerah Latihan ITE itu diberi kepada pelajar yang mengambil kursus Nitec Lanjutan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di ITE Kolej Central yang bertujuan menggalak rakyat Singapura muda bekerja dalam sektor itu.


Semasa ditemui di Majlis Penyampaian Anugerah Latihan dan Biasiswa Ecda di bangunan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) semalam, Cik Iffah berkata beliau gemar melakukan kegiatan seni seperti muzik dan drama bagi menarik perhatian kanak-kanak.


"Keselesaan dengan kanak-kanak kecil telah dipupuk sejak saya menjaga dan berinteraksi dengan anak saudara saya.


"Saya berasa sangat senang hati melihat kanak-kanak ini mengukir senyuman lebar," kata Cik Iffah.


Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, turut hadir bagi menyampaikan anugerah itu.


Selain Anugerah Latihan ITE itu, 60 anugerah lain termasuk Anugerah Latihan Politeknik, Biasiswa dan Anugerah Pengajaran turut disampaikan.


"Anugerah ini banyak membantu saya menanggung kos pembelajaran dan bangkit semangat agar melakukan yang terbaik.


"Bermula semasa saya dalam tahun kedua di ITE tahun lepas, wang sebanyak $500 diberikan setiap bulan bagi saya membeli bahan pembelajaran sekolah serta projek, menanggung kos pengangkutan dan makanan," kata Cik Iffah.


Beliau kini menjalani kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Politeknik Ngee Ann (NP) dan menerima $800 setiap bulan.


"Ada juga tambahan wang sebanyak $1,050 yang diberikan sekali untuk saya beli bahan sekolah selama kursus tiga tahun ini," ujar Cik Iffah, kakak sulung kepada dua adik lelaki.


Menurut Cik Iffah, beliau pernah bekerja di tadika Yayasan Masyarakat PAP (PCF) di Yishun semasa di ITE sebagai sebahagian daripada program kerja sambil belajar.


Ada kalanya, beliau terasa seperti mahu berputus asa tetapi galakan ibu bapa serta dorongan guru di situ memberinya semangat agar meneruskan perjuangannya.


"Pekerjaan ini perlukan banyak kesabaran dan ketabahan. Kita tidak boleh mudah putus asa.


"Mujur, saya mendapat banyak bantuan daripada mentor saya di tadika itu, Cikgu Amelina. Kita perlu memahami tabiat kanak-kanak bagi mendidik mereka dengan baik. Kalau tidak, memang susah bak pepatah, 'tak kenal maka tak cinta," tambah Cik Iffah sambil tertawa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >