Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah LKY cetus semangat pelajar ITE kejar impian jadi peguam

Jul 28, 2022 | 05:30 AM



PERJALANAN akademik Cik Nurqistina Atiqah Abu Bakar, 19 tahun diharungi beberapa liku dan pasang surut. Namun, cabaran yang dihadapinya tidak sedikit pun menghalang cita-citanya sejak kecil untuk menjadi peguam.



Sebaliknya pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) ini cemerlang dalam pelbagai bidang yang diceburinya, terutama dalam peranan kepimpinan.



Memberitahu Berita Harian (BH) tentang latar belakang akademiknya, Cik Qistina berkata: "Setelah mendapat keputusan PSLE dulu, saya memasuki sekolah menengah dalam aliran Normal Akademik. Berkat kerja keras, saya dipindah ke aliran Ekpres. Tetapi yang menyedihkan, walaupun saya berjaya meraih markah tinggi untuk hampir kesemua mata pelajaran untuk peperiksaan GCE peringkat 'O', saya gagal teruk dalam mata pelajaran Matematik."



Disebabkan itu, Cik Qistina yang aktif di sekolah menengahnya sebagai Presiden Majlis Pelajar dan Ketua Patrol Pengakap, tidak dapat memilih kursus yang diinginkannya.



"Saya diberi peluang mengambil kursus Sains di Politeknik Republic tapi saya menolaknya. Hampir kesemua kursus yang saya minat, perlukan mata pelajaran Matematik," terang Cik Qistina yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik.



"Saya kecewa dengan diri saya kerana kakak saya dapat meneruskan pelajaran politeknik dan adik lelaki saya memasuki Maktab Rendah, rasa saya telah menghampakan orang tua," ujarnya lagi. Ayahnya Encik Abu Bakar Wahid, 60 tahun, bekerja sebagai jurutera marin dan ibunya, Cik Siti Noorhafizah Hussin, 49 tahun, pegawai perkhidmatan pelanggan.



Peluang melanjutkan pelajarannya akhirnya terbuka apabila beliau ditawarkan kursus Higher Nitec dalam Sumber Manusia dan Pentadbiran di ITE Kolej Timur.



Berkat sikap tidak berputus asa, Cik Qistina akhirnya berjaya dalam kursus itu, dan pencapaiannya diiktiraf apabila Cik Nur Qistina menerima pingat emas Anugerah Lee Kuan Yew (LKY) di acara Majlis Tamat Pengajian ITE yang dirasmikan oleh Menteri Kedua Pendidikan merangkap Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, di Auditorium Pusat Konvensyen Tay Eng Soon, semalam.



Pingat emas LKY dianugerahkan kepada graduan terbaik dari ITE Kolej Central, Timur dan Barat yang cemerlang dalam kursus pengajian dan aktiviti kokurikulum serta sumbangan mereka dalam kehidupan kolej.



Mengenai pingat itu, Cik Qistina berkata: "Saya rasa sangat bersyukur. Bukan setiap hari kita dapat anugerah berprestij seperti ini, terutamanya kerana saya mempunyai cita-cita menjadi peguam. Memandangkan kita orang Melayu dan kita dianggap minoriti, saya rasa bertuah menjadi wakil Melayu!"



Walaupun laluan pengajiannya memakan masa lebih panjang, Cik Qistina menganggap perjalanan pendidikan ITE banyak memperkayakan dirinya. Lebih penting lagi, ia memberinya peluang kedua untuknya mengejar impian dalam bidang undang-undang.



Kini, Cik Qistina telah memulakan pengajiannya dalam jurusan undang-undang dan pengurusan di Politeknik Temasek.



"Saya rasa saya seorang saja pelajar di situ yang datang dari ITE, dan saya lebih tua daripada mereka yang datang terus dari sekolah menengah yang hebat-hebat, tapi saya berazam kuat untuk berjaya sebagai peguam dan berbakti kepada masyarakat," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >