SATU Anugerah Pembelajaran SkillsFuture baru telah dilancarkan bagi menyokong profesional daripada awal hingga pertengahan kerjaya dalam sektor tenaga bagi meningkatkan kemahiran kejuruteraan tenaga mereka.
Disokong oleh Kesatuan Sekerja Pekerja Tenaga dan Gas, anugerah pembelajaran itu bertujuan memupuk teras pekerja warga Singapura yang kukuh dalam tenaga kerja sektor tenaga, umum Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dalam satu kenyataan media kelmarin.