Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah Reben Kuning: Bekas pengawal keselamatan yang pernah terjebak mencuri kongsi kisah perubahan, raih anugerah tertinggi bekas pesalah

Dec 08, 2021 | 07:09 PM



PADA waktu siang, Encik Zulkhairee Udik adalah pengawal keselamatan.



Namun, pada waktu malam, beliau mencuri daripada pekedai yang sepatutnya beliau lindungi sebagai satu amanah.



Memandangkan beliau tahu akan tata atur pusat beli-belah di Orchard Road, pengetahuan itu digunakan bagi mencuri wang daripada mesin daftar tunai selepas kedai ditutup sebelum beliau pulang ke rumah.



Encik Zulkhairee, 51 tahun, menganggarkan dirinya mencuri wang tunai sekitar $100,000 daripada ratusan kedai di kawasan bandar sekitar 1990-an.



"Saya penat menunggu duit gaji setiap bulan dan perlukan wang bagi menampung gaya hidup saya yang suka pergi ke disko," jelas bekas pesalah itu kepada akhbar The Straits Times.



Lebih 15 tahun meringkuk di penjara hingga 2009 nampaknya tidak mengubah hidup Encik Zulkhairee pada waktu itu. Hanya setelah anak perempuannya yang ketika itu berusia dua tahun mengunjunginya yang masuk penjara buat kali ketiga, barulah hatinya tergerak berubah.



"Saya menyedari perlunya saya berubah apabila saya melihat dan mendakapnya buat kali pertama dalam tempoh dua tahun. Kali ini, ia rasa berbeza buat saya," detik hati kecilnya.



Pada Rabu (8 Disember), Encik Zulkhairee adalah antara 13 bekas pesalah yang menerima Anugerah Beyond Second Chances (Di Luar Jangkauan Peluang Kedua) di majlis penyampaian Anugerah Reben Kuning.



Ini adalah pengiktirafan tertinggi sebuah pertubuhan bagi mengenal pasti seseorang yang bangkit daripada jenayah silamnya untuk menyumbang kepada masyarakat.



Hari ini, Encik Zulkhairee secara tetap menawarkan khidmat sukarelanya dalam projek menyokong bekas pesalah. Beliau adalah operator kantin sekolah sejak enam tahun lalu.



Beliau sering memberi ceramah motivasi buat pelajar dan guru di sekolah itu dengan harapan dapat mencetus inspirasi bagi mereka melakukan kebaikan.



Meskipun mempunyai rekod jenayah, Encik Zulkhairee berkata majikannya memberinya peluang kedua apabila mereka mendengar latar belakang kisah silamnya dan komitmennya untuk berubah.



Katanya: "Saya berbual dengan anak-anak muda ini tentang cabaran membesar. Saya telah mengharungi semua cabaran ini dengan sokongan teman dan keluarga saya dan saya terus mara dan bangkit."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >