Anugerah tentera S'pura untuk ketua operasi tentera laut Amerika
May 16, 2017 | 05:30 AM
KETUA Operasi Tentera Laut Amerika Syarikat, Laksamana (ADM) John M. Richardson, menerima anugerah tentera unggul daripada Singapura semalam, bagi sumbangannya memupuk hubungan antara tentera laut kedua-dua negara.
Pingat Jasa Gemilang (Tentera) itu diberikan Presiden Tony Tan Keng Yam, dan disampaikan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dalam satu upacara di Pangkalan Tentera Laut Changi.