Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH PRESIDEN BAGI SEKITARAN

Anugerah tertinggi bagi penyertaan yang cerminkan Pelan Hijau S'pura 2030

Mar 11, 2021 | 05:30 AM



PENCALONAN bagi Anugerah Presiden bagi Sekitaran telah dibuka semalam hingga 30 April ini.



Bermula tahun ini, anugerah tertinggi bagi kemampanan sekitaran itu akan mencerminkan Pelan Hijau Singapura 2030, kata penganjurnya, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE).



Antara lain, ia akan mengambil kira usaha seorang calon dalam melibatkan masyarakat lebih luas dalam membina Singapura yang lebih mampan.



Dalam kenyataannya, MSE berkata:



"Dengan pelancaran Pelan Hijau, kriteria pemilihan telah diperbaharui supaya selaras dengan asas Pelan Hijau.



"Selain menilai amalan dan usaha dalam hal sekitaran, tumpuan juga akan diberikan kepada usaha calon yang dinamakan dalam mendekati masyarakat lebih luas untuk membina Singapura yang lebih mampan bersama."



Pelan Hijau Singapura, yang diumumkan oleh pemerintah tahun lalu menggariskan beberapa matlamat peringkat nasional, termasuk menjadikan sekurang-kurangnya 20 peratus sekolah neutral karbon atau tidak melepaskan gas karbon menjelang 2030.



Orang ramai juga digalakkan berkenderaan dengan cara yang lebih hijau, termasuk berbasikal, dengan laluan basikal ditambah tiga kali ganda dan rangkaian kereta api diperluas pada masa depan.



Kawasan taman di mana orang ramai boleh beriadah juga akan ditambah lebih 50 peratus pada 2030.



Menurut MSE, anugerah ini akan mengiktiraf usaha individu dan juga pertubuhan dalam sektor awam dan privet.



Orang ramai boleh menamakan calon yang dianggap layak menerima anugerah, sementara pertubuhan dan institusi pendidikan boleh memohon bagi anugerah tersebut.



MSE menjelaskan, individu atau pertubuhan yang dinamakan sebagai calon harus mempunyai rekod kemampanan yang cemerlang dan mengamalkan usaha sekitaran di dalam dan luar pertubuhan itu.



Ini adalah edisi ke-14 anugerah ini sejak ia dilancarkan sebagai acara tahunan pada 2006. Ia diubah menjadi acara dwitahunan pada 2017.



Pemenang akan diumumkan pada suku ketiga tahun ini dan mereka akan menerima trofi dan sijil daripada Presiden Halimah Yacob.



Pemenang anugerah tersebut pada 2019 adalah dua sekolah rendah - Sekolah Mee Toh dan Sekolah Rendah Elias Park - serta telko Singtel.



Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Lawrence Wong telah menamakan kedua-dua sekolah itu sebagai contoh projek rintis kemampanan dalam ucapannya di Parlimen semasa bahas Belanjawan.



Butiran mengenai anugerah dan proses pencalonan boleh diperolehi di www.pae.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >