Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anugerah tertinggi Muis buat Ustaz Ali

Oct 15, 2017 | 05:30 AM



RAMAI yang mengenali Ustaz Ali Haji Mohamed, sebagai Pengerusi Masjid Khadijah sejak lebih 25 tahun yang lalu.



Namun lebih daripada itu, Ustaz Ali, 71 tahun, memikul pelbagai tanggungjawab yang berat - sebagai Pengerusi bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG); Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB); dan juga anggota Jawatankuasa Fatwa, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Selain penglibatannya sebagai pemimpin masyarakat, Ustaz Ali juga aktif dalam kerja akar umbi termasuk dalam Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) Geylang Serai dan juga dalam Jawatankuasa Rangkaian Kaunselor Muslim (di bawah Jawatankuasa Perundingan Rakyat Kampong Ubi).



Kegigihan dan sumbangannya kepada masyarakat Muslim Singapura itu semalam diiktiraf apabila Ustaz Ali menerima Anugerah Jasa Cemerlang - anugerah tertinggi Muis, yang disampaikan Presiden Halimah Yacob di Istana.



Antara tetamu terhormat yang hadir dalam majlis itu ialah Menteri Perhubungan dan Penerangan yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim.



Majlis semalam turut menyaksikan sumbangan dana sebanyak $100,000 kepada Cabaran Presiden yang diberikan masyarakat Melayu/Islam menerusi Yayasan Rahmatan Lil Alamin.



Ketua Eksekutif Muis, Haji Abdul Razak Maricar, menjelaskan bahawa Majlis Anugerah Muis merupakan wadah bagi Muis untuk mengiktiraf peranan dan sumbangan para relawan dalam membina masyarakat dan memperkukuh institusi sosio-ekonomi agama.



"Muis telah meraikan sumbangan bakti para relawan sejak 1990, dan ia kini merupakan wadah penting bukan sahaja dalam mengiktiraf sumbangan mereka, malah lebih utama bagi memupuk semangat ambil peduli dan prihatin dalam kehidupan bermasyarakat kita.



"Mereka (pemenang) menyertai lebih daripada 100 relawan yang sebelum ini telah menerima penghargaan yang sama kerana berbakti sekian lama tanpa rasa jemu atau mengharapkan balasan apalagi pengiktirafan," jelasnya lagi.



Ketika ditemui semalam, Ustaz Ali berkata beliau sebenarnya tidak mengharapkan apa-apa.



"Namun saya bersyukur kerana menerima anugerah ini.



"Ia suatu penghargaan daripada Muis, dan saya berharap ia dapat menjadi contoh dan menjadi galakan kepada orang ramai menyumbang dalam kerja relawan demi kebaikan masyarakat, kebaikan negara dan juga bangsa," ujarnya.



Mengenai cabaran hebat yang beliau hadapi dalam menyumbang kepada masyarakat, Ustaz Ali berkata antara cabaran terhebat ialah memastikan fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa bersesuaian mengikut zaman dan dalam konteks masyarakat Singapura yang berbilang bangsa dan agama.



Dalam majlis semalam, 10 individu juga diberi anugerah Jasa Bakti.



Mereka ialah Haji Hasan Kutus Meerasahib, Dr Radiah Salim, Haji Sidek Abdul Wahab, Haji Misri Wathiman, Haji Nailul Hafiz Abdul Rahim, Haji Mohd Saleh Bava Kunju Moideen, Haji Yusoff Mohamed, Haji Amin Md Hamzah, Haji Abdul Jabar Mustafa dan Hajjah Juriah Yatim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >