Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anwar: Singapura antara negara pertama saya akan lawati sebagai PM

Sep 16, 2018 | 12:12 PM



AHLI politik Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  berkata pada Sabtu (15 Sep)  bahawa Singapura akan menjadi antara   negara pertama yang dilawatinya apabila    menjadi Perdana Menteri, menekankan bahawa dua negara itu perlu menjalin ikatan kukuh.



Pemimpin de facto gabungan Pakatan Harapan (PH) itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungan dua hala    pada satu  persidangan di Singapura, lapor The Straits Times.



“Hubungan Singapura-Malaysia... ada problem  ke?,”   katanya, membuat ratusan hadirin terdiri daripada  pemimpin perniagaan dan pemikiran ketawa pada  Sidang Puncak  Singapura 2018 itu.



Datuk  Anwar, yang dibebaskan dari penjara pada Mei selepas menerima pengampunan diraja,      dijangka menggantikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh dua tahun, seperti yang dipersetujui oleh pimpinan Pakatan Harapan  sebelum pilihan raya umum Mei.



Rabu lalu,    Parti Keadilan Rakyat (PKR)     mengumumkan  Datuk Anwar, bakal presiden parti itu,  akan bertanding dalam pilihan raya kecil  Port Dickson, membuka jalan baginya  kembali semula menjadi Ahli Parlimen dan memasuki Parlimen.

   

“Jika dan apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, saya akan pastikan bahawa salah satu negara pertama yang saya lawati ialah    Singapura,” katanya pada sesi dialog sidang puncak itu.



Dalam tempoh empat bulan sejak kemenangan bersejarah Pakatan Harapan menggulingkan gabungan Barisan Nasional (BN) di kotak undi, Malaysia telah menangguhkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan membangkitkan isu berduri harga air yang dijual kepada  Singapura.



Datuk  Anwar  berkata pada Sabtu bahawa   tidak masuk akal untuk menimbulkan masalah antara dua negara itu.



Beliau berkata walaupun Tun Dr Mahathir tegas mengenai  beberapa kontrak, “ia terhad pada masalah itu dan kami cuba menyelesaikannya secara dua hala, meneruskan rundingan... “.



Dalam penampilan awam pertamanya di Singapura sejak dibebaskan daripada penjara itu, negarawan  berpengalaman itu mengikut rentak hadirin dengan gabungan  retorik,  tukilan  sastera dan jenakanya.

Beliau    meminta maaf apabila  tersilap berkaitan    beberapa perkataan  dalam ucapannya, menyatakan:  “Dalam  penjara saya hanya bercakap bahasa Melayu.”



Datuk Anwar  teringat bahawa pada salah satu lawatannya ke Singapura –  sebelum dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh Tun Dr Mahathir pada  1998 – beliau    memberitahu Menteri Kanan  Emeritus Singapura Goh Chok Tong, yang ketika itu  Perdana Menteri,  bahawa pemimpin Singapura terlalu serius.



“Anda tahu,   Singapura dan  pemimpin Singapura   terlalu serius dan berpendekatan bak perniagaan,  kami  (rakyat Malaysia) cenderung, anda tahu, pada kebudayaan sikit...    relax sikit, bertolak ansur  sikit. Singapura – dolar dan sen,”  katanya.



Sebulan kemudian, beliau berkata ESM Goh menjemputnya ke persembahan opera oleh tenor terkenal Luciano Pavarotti.



“Beliau memandang  kata-kata saya dengan serius,”  kata Datuk  Anwar, sementara   Encik Goh, yang hadir semasa ucapan beliau,   turut ketawa.

 

Datuk Anwar juga menegaskan bahawa hubungan antara Singapura dan Malaysia  kukuh dari segi  sejarah tetapi memberi amaran bahawa generasi muda di  kedua-dua negara mungkin tidak berkongsi pengalaman dan hubungan  sama seperti rakyat generasi pertama atau kedua.



“Anda perlu memahami itu dan  oleh itu kita  memerlukan usaha tambahan,” katanya.



Beliau menarik perhatian, sebagai contoh,   lawatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke Putrajaya tidak lama selepas Pakatan Harapan  memenangi pilihan raya.



“Ia sangat mesra dan ia merupakan isyarat  sangat baik bagi PM (Lee)  menjadi orang  pertama datang dan melawat,” katanya. “Saya rasa isyarat-isyarat ini penting kerana ia melebihi    pertemuan diplomatik atau urusan perniagaan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >