Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Anwar: S'pura, M'sia harus kekalkan hubungan baik walau wujud isu yang dipertikai

Apr 26, 2019 | 07:23 PM



DATUK Seri Anwar Ibrahim berkata Singapura dan Malaysia perlu mewujudkan hubungan  baik walaupun masih terdapat isu-isu yang dipertikaikan dan harus berusaha  menyelesaikannya dengan cara baik. 



“Singapura merupakan jiran baik, teman baik, tapi perubahan yang dilaluinya berbeza,” ujarnya semasa berucap di Sidang dan Mesyuarat Persatuan Undang-Undang Antara Pasifik hari ini. 



“Singapura bermula sebagai masyarakat lasak, tapi ia semakin tegas dalam rundingannya,” kata beliau tanpa memberi penjelasan tambahan. 



Dengan sejarah dan hubungan keluarga yang dikongsi, dua negara jiran itu bergantung kepada satu sama lain dan akan meraih manfaat tinggi jika mereka dapat bekerjasama, dan lebih berkesan jika kerjasama itu berasaskan kepercayaan, katanya dalam sidang yang diadakan di Pusat Konvensyen Raffles City itu. 



“Ini sentimen kepimpinan. Ia amat  penting, untuk kita juga, bagi mewujudkan hubungan  baik dengan negara jiran Asean yang lain, lebih-lebih lagi dengan Singapura,” ujarnya. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >