Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP alu-alu kebajikan kanak-kanak diutama dalam soal ambil anak angkat

May 10, 2022 | 05:30 AM



TANGGUNGJAWAB memastikan wujudnya proses dan peraturan wajar bagi memastikan kebajikan anak angkat kekal terjaga harus dipikul bersama semua pihak.



Justeru perubahan yang diusulkan melalui Rang Undang-Undang Pengambilan Anak Angkat dilaksana tepat pada masanya, ujar beberapa Anggota Parlimen (AP) semalam.



Ini kerana ia memberi huraian kepada isu penting berkaitan pengambilan anak angkat, termasuk sebagai garis panduan tindakan individu dan mengukuhkan struktur institusi dalam mengendalikan proses berkaitan, kata mereka.



Membahaskan rang tersebut di Parlimen semalam, mereka menekankan keutamaan menimbangkan kepentingan kanak-kanak dalam segala urusan berkaitan proses pengambilan anak angkat.



Ini termasuk menonjolkan 'suara' kanak-kanak terlibat, kata Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar), yang menggesa pemerintah mencari cara terbaik memastikan kepentingan kanak-kanak itu "didengar" dan dipertimbang.



"Saya bersetuju sepenuhnya mengenai prinsip asas MSF (Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga) di sebalik pindaan Rang Undang-Undang ini - bahawa keutamaannya ialah melindungi kebajikan kanak-kanak itu.



"Ramai pihak berkepentingan yang terlibat dalam proses pengambilan anak angkat adalah orang dewasa - bakal ibu bapa angkat, ibu bapa kandung, pengendali agensi pengambilan anak angkat.



"Namun, individu paling terjejas ialah anak yang akan diambil sebagai anak angkat," katanya.



Meskipun bersetuju dengan peruntukan yang membenarkan ibu bapa tunggal mengambil anak angkat, Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) mengemukakan keprihatinannya jika berlaku keadaan ibu bapa tunggal tersebut memutuskan berkahwin lagi.



"Secara khusus, apa yang akan berlaku kepada anak itu jika ibu atau bapa tunggal berkahwin dengan jantina yang sama di luar negara?



"Jika keadaan (di mana kepentingan kanak-kanak itu diutamakan) kekal, maka pada pendapat saya perlu menilai berdasarkan kes masing-masing, sama ada ibu bapa tunggal itu berkahwin di sini atau di luar negara dan bagaimana pembentukan unit keluarga itu," ujarnya.



Memberikan responsnya kepada soalan Encik Seah, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan dasar awam sepertimana dijelaskan pemerintah.



"Pemerintah tidak menggalak individu menjadi ibu bapa tunggal sebagai pilihan hidup. Dasar awam Singapura menggalak individu menjadi ibu bapa selepas berkahwin. Ia juga tidak menyokong pembentukan unit keluarga sama jantina melalui institusi dan proses seperti mengambil anak angkat.



"Dasar awam ini akan terus menjadi panduan yang menilai apakah individu itu sesuai atau tidak," kata Encik Masagos.



Sementara itu, Encik Christopher de Souza (GRC Holland-Bukit Timah) berkongsi pengalamannya mengambil anak angkat dan berharap lebih ramai terbuka untuk berbuat demikian di Singapura.



"Dalam sesetengah kes, status pengambilan bayi sebagai anak angkat dianggap sebagai rahsia.



"Namun, pengambilan anak angkat boleh dirai sebagai perbuatan cinta. Sehubungan itu, saya menyokong mengadakan taklimat pendedahan kerana adalah terbaik untuk mendedahkan kepada anak itu seawal mungkin sambil membantu anak itu memahami bahawa dia disayangi," ujarnya.



Perubahan yang diusulkan itu antaranya bertujuan mencari tempat tinggal baik bagi setiap kanak-kanak yang dikenal pasti untuk dijadikan anak angkat.



Ia juga bertujuan menghentikan kitaran penganiayaan dan pengabaian, serta menghalang tingkah laku yang tidak diingini dalam sektor anak angkat.




"Saya setuju sepenuhnya dengan prinsip asas MSF di sebalik Rang itu - bahawa keutamaannya ialah melindungi kebajikan anak itu. Ramai pihak berkepentingan terlibat dalam proses pengambilan anak angkat ialah orang dewasa - bakal ibu bapa angkat, ibu bapa kandung, pengendali agensi pengambilan anak angkat. Namun, individu paling terjejas ialah anak yang akan dijadikan anak angkat. Soalan saya kepada kementerian ialah bagaimana suara anak itu boleh didengar dengan lebih baik."



- Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar).



"Bagi mereka yang melakukan kesalahan tidak serius sekalipun, oleh kerana sukar menjamin tidak akan ada risiko melakukan kesalahan lagi, demi kepentingan terbaik kanak-kanak yang akan diambil sebagai anak angkat, mereka harus juga dilindungi daripada individu yang melakukan kesalahan yang tidak serius."



- Cik Ng Ling Ling (GRC Ang Mo Kio).



"Dalam sesetengah kes, status pengambilan bayi sebagai anak angkat dianggap sebagai rahsia. Namun, pengambilan anak angkat boleh dirai sebagai perbuatan cinta. Sehubungan itu, saya menyokong mengadakan taklimat pendedahan kerana adalah terbaik mendedahkan kepada anak itu seawal mungkin sambil membantu anak itu memahami bahawa dia disayangi."



- Encik Christopher de Souza (GRC Holland-Bukit Timah).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >