Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP Baey Yam Keng hidap barah hidung, sedang terima rawatan

Jan 08, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) GRC Tampines, Encik Baey Yam Keng disahkan menghidap barah hidung tahap pertama dan kini sedang menerima rawatan.



Beliau mendedahkan perkara tersebut dalam satu kiriman Facebook semalam dan berkata beliau kini sedang menjalani terapi radiasi yang akan tamat akhir Januari.



Encik Baey disahkan menghidap barah tersebut November tahun lalu.



Tambahnya, beliau kini mengurangkan tugas yang dilakukan semasa tempoh rawatan itu dengan bantuan rakan sekerjanya di Tampines dan Kementerian Pengangkutan, di mana beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Parlimen Kanan (Pengangkutan).



"Saya amat bertuah kerana sedar tentang penyakit saya ini pada tahap awal, di mana rawatan dijangka lebih ringkas dengan kemungkinan hidup yang lebih tinggi," katanya.



"Saya masih muda dan telah menjaga kesihatan saya. Bersama dengan sokongan kuat dari isteri, keluarga dan teman-teman, saya yakin dapat mengatasi cabaran ini dan pulih," kata Encik Baey yang berusia 51 tahun.



"Kehidupan mungkin telah mengemukakan cabaran, tetapi saya akan mengatasinya!"



Antara kesan sampingan rawatan yang dilaluinya itu termasuk lebih mudah rasa penat, tambah Encik Baey, yang dilantik sebagai AP pada 2006.



"Kulit di bahagian leher saya dijangka kelihatan seperti terkena selaran matahari dan suara saya mungkin berubah. Beberapa pesakit (yang menjalani) radiasi juga mungkin kehilangan rambut di belakang kepala.



"Saya bertuah kerana kesan sampingan yang saya alami buat masa kini selepas rawatan selama empat minggu tidak begitu teruk, seperti mulut yang kering, mulut pecah-pecah (ulcer), kehilangan deria rasa dan penat.



"Tidak seperti kemoterapi, imuniti saya tidak terjejas," ujarnya.



Encik Baey berharap penduduk Tampines North dapat memahami bahawa beliau tidak dapat menghadiri semua 36 sesi majlis penyampaian Anugerah Edusave yang bakal diadakan pada hujung minggu akan datang, di mana sekitar 800 sijil akan disampaikan kepada pelajar di kawasannya.



"Walaupun saya teringin untuk mengucapkan tahniah kepada setiap penduduk muda dan keluarga yang berbangga dengan pencapaian mereka secara fizikal, namun saya meminta anda faham bahawa saya tidak dapat menghadiri setiap sesi tahun ini," katanya.



Sesi penyampaian Anugerah Edusave di Tampines North akan bermula Ahad ini.



"Ini merupakan tempoh yang penting tahun ini untuk memberi pengiktirafan terhadap kerja keras pelajar kita dan mendorong mereka supaya terus melakukan yang terbaik," kata Encik Baey.



Disebabkan langkah pengurusan keselamatan yang perlu dipatuhi, jumlah peserta bagi setiap sesi perlu dihadkan.



Sebanyak 36 sesi bakal diadakan pada hujung minggu akan datang untuk menyampaikan hampir 800 sijil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >