PARLIMEN: PINDAAN BAGI RANG UNDANG-UNDANG PILIHAN RAYA PRESIDEN
AP bahas proses penilaian kaum bagi calon
Antara isu termasuk soal calon kacukan, penglibatan kaum minoriti
Feb 07, 2017 | 05:30 AM
ISU bagaimana Jawatankuasa Masyarakat menilai calon bagi memenuhi kriteria kaum dalam Pilihan Raya Presiden yang dikhususkan merupakan antara perkara yang dibentangkan Anggota Parlimen (AP) semasa membahaskan Pindaan bagi Rang Undang-Undang Pilihan Raya Presiden semalam.
Terdapat juga permintaan dalam kalangan AP supaya proses penilaian Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden dan Jawatankuasa Masyarakat dibuat dengan telus.