Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP beri ucapan dari galeri awam jika kontak dekat kes Covid-19

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



ANGGOTA Parlimen (AP) yang merupakan kontak dekat kes Covid-19, namun diuji negatif sejauh ini boleh duduk di galeri awam Parlimen dan menyampaikan ucapan mereka dari situ.



Langkah berjaga-jaga itu bertujuan mengurangkan jumlah orang ramai di dewan, kata Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, sebelum sesi parlimen bermula semalam.



Langkah itu diperkenal selepas lapan AP dijangkiti virus itu minggu lalu dan tidak dapat menghadiri perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) kementerian berbeza.



Buat masa ini, AP dijarakkan sekurang-kurangnya satu tempat duduk jauh dan dibenarkan duduk di dewan utama, Galeri Speaker dan Galeri Media.



Mulai sekarang, mereka yang merupakan kontak dekat kes Covid-19 akan menyampaikan ucapan mereka dari galeri awam di tingkat tiga.



Rostrum telah ditempatkan di situ dan AP perlu menjarakkan diri satu tempat duduk antara satu sama lain dan terus memakai pelitup apabila tidak berbual.



Sebelum Parlimen berehat seketika petang semalam, Encik Tan turut tampil mengingatkan AP tentang proses perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS).



Ini menyusuli langkah AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, meluahkan rasa kecewa di Facebook selepas tidak diberi peluang oleh Speaker Parlimen untuk mendapatkan penjelasan selepas masa yang diperuntuk bagi AP melakukan demikian sudah berakhir.



Encik Tan menerangkan bahawa 40 peratus masa diperuntuk bagi AP menyampaikan ucapan mereka, 50 peratus masa diperuntuk bagi kementerian memberi respons mereka dan baki masa diperuntuk bagi AP mendapatkan penjelasan.



Selepas waktu gilotin, atau perintah yang dibuat oleh Speaker bagi menetapkan masa yang dibenarkan bagi perbahasan, beliau berkata AP boleh memfailkan soalan Parlimen sekiranya mereka ada pertanyaan lanjut bagi kementerian berkenaan dan jika mereka tidak berpeluang mengutarakan soalan mereka selepas perbahasan berakhir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >