Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

AP gesa PAP segera tentukan siapa bakal PM

Mar 01, 2022 | 05:30 AM

PARTI Tindakan Rakyat (PAP) perlu memutuskan dengan segera siapa yang bakal menjadi perdana menteri Singapura yang seterusnya untuk memberi individu tersebut dan pasukannya "landasan terpanjang yang boleh sebelum mengambil alih kuasa dalam kokpit," kata Encik Christopher de Souza (GRC Holland-Bukit Timah) semalam.

Berhujah di Parlimen mengenai pemimpin generasi keempat negara, Anggota Parlimen (AP) itu menambah:

"Mohon agar memberikan tumpuan minda terhadap perancangan peralihan dan menerangkan sudut pemikiran dan pilihan dengan segera, berhubung kepimpinan kepada rakyat Singapura."

Sudah hampir setahun sejak Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, penolong setiausaha agung pertama PAP, mengundurkan diri sebagai pemimpin pasukan 4G parti dan pengganti yang ditetapkan kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Encik Lee sebelum ini berharap mahu melepaskan jawatannya sebelum beliau berusia 70 tahun pada 10 Februari tahun ini.

Namun Encik Lee kemudian berkata, beliau akan terus kekal untuk melihat Singapura mengharungi wabak Covid-19.

Meskipun beliau belum menamakan lagi penggantinya, antara individu yang di barisan hadapan bagi jawatan tersebut yang difahami secara meluas termasuk Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung dan Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, yang kini merupakan penolong setiausaha agung kedua parti itu.

Ia bergantung kepada keseluruhan pasukan 4G untuk memutuskan siapa pemimpin mereka.

Dalam ucapannya, Encik De Souza berkata Singapura telah melakukan yang terbaik untuk merancang lebih awal dalam pelbagai bidang berkaitan dasar.

Tetapi ia masih belum dapat memikirkan pengganti dari sudut politik, katanya kepada Parlimen semasa perbahasan berhubung Belanjawan negara.

"Kita perlu memastikan kita mempunyai generasi pemimpin seterusnya untuk memastikan dasar-dasar ini membuahkan hasil," kata beliau.

Encik De Souza berkata perdana menteri Singapura yang seterusnya tidak perlu merupakan individu yang paling bijak.

Namun adalah penting individu tersebut boleh menyatukan pasukan, tambahnya, dengan memberi contoh tentang bagaimana beliau dan pasukanya memilih kapten pasukan hoki negara.

Satu lagi untuk dipertimbangkan ialah pengganti politik itu memberi kesan terhadap kedudukan Singapura dalam kalangan pelabur asing, katanya, yang juga seorang peguam.

Beliau menukil bagaimana ramalan berhubung politik diambil kira oleh banyak klien yang berurusan dengannya termasuk pertubuhan berbilang negara.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3