Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

AP GRC Sengkang dipilih sertai CEC WP, Pritam Singh dan Sylvia Lim kekalkan jawatan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

AP GRC Sengkang dipilih sertai CEC WP, Pritam Singh dan Sylvia Lim kekalkan jawatan

Dec 27, 2020 | 08:05 PM

PARTI Pekerja (WP) pada Ahad (27 Dis) memilih empat Anggota Parlimen (AP) GRC Sengkang ke jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) dalam pembaharuan barisan kepimpinannya.

Mereka adalah Cik He Ting Ru, Cik Raeesah Khan, Profesor Madya Jamus Lim, dan Encik Louis Chua.

Setiausaha Agung WP, Encik Pritam Singh dan ketua parti, Cik Sylvia Lim, dipilih semula ke jawatan mereka, berikutan pemilihan dalaman dwitahunan WP itu.

Mantan ketua WP, Encik Low Thia Khiang dan mantan AP Hougang, Encik Png Eng Huat, yang kedua-duanya bersara dari politik pada pilihan raya baru-baru ini, juga kekal sebagai anggota CEC.

Anggota lain yang dipilih ke CEC itu termasuk AP GRC Aljunied lain iaitu Encik Faisal Manap, Encik Gerald Giam dan Encik Leon Perera,  serta AP Hougang Encik Dennis Tan.

Dua calon GRC East Coast WP, iaitu Cik Nicole Seah dan Encik Kenneth Foo, juga dipilih.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3